
Anak-anak anda gemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Jika ramai, sangat tak berbaloi jika beli. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng perkongsian saudari Cik Zana II ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
AYAM RANGUP KRUKKK KRAKKK!!
BAHAN-BAHAN ( untuk 1 ekor ayam)
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan rempah kari
- Cili padi kisar ( jika nak pedas)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan diatas. Gaul sebati.
- Bahagikan tepung kepada dua bahagian. 1 bahagian tepung dibancuh dengan air. Jangan buat terlalu cair. Jika guna tepung pekat, ayam lagi rangup.
- Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti keras.
- Kemudian gaulkan dalam tepung kering hingga rata.
- Panaskan minyak guna api sederhana. Goreng hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Zana II
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat

Stew yang dimakan panas-panas memang merangsang selera. Lebih menyelerakan bila dihidang bersama roti.
Asyik makan lauk bersantan, nanti terlebih kolestrol pulak. Jom masak stew pulak ada kelainan bila dihidang pada tetamu yang berkunjung ke rumah. Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar sudi berkongsi 5 jenis stew enak dengan RASA.
1. STEW SAYURAN
BAHAN-BAHAN :
- 100gm lobak merah | dipotong kiub
- 100gm ubi kentang | dipotong kiub
- 100gm batang saderi | dipotong sederhana kecil
- 60gm cendawan shiitake
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 1 biji telur
- Sedikit tepung jagung | dilarutkan dalam air
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan diikuti semua bahan sayuran bila kentang dan lobak merah sudah empuk sedikit. Campur sos tiram garam dan perasa
- Pekatkan sup dengan tepung jagung, tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan.
- Padamkan api dan titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup sayuran sesuai untuk mereka yang tidak menggemari daging
INFO CHEF : Lebih sesuai untuk sayur-sayuran berserat dan bertekstur keras.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging kiub (import) | rebus hingga lembut
- 100gm ubi kentang | dipotong kiub
- 100gm lobak merah | dipotong kiub
- 100gm batang saderi | dipotong kecil
- 60gm cendawan hitam
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa | jika suka
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air rebusan daging dan air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang sehingga naik bau dan masukkan daging serta air rebusan daging dan air secukupnya.
- Masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk sedikit . Kemudian masukkann cendawan dan saderi.
- Kemudian masukkan sos tiram,kicap pekat , garam, sedikit gula dan perasa
- Pekatkan sup dengan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Biarkan mereneh.
- Titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Bila direneh lama, jus daging yang manis meresap dalam stew
INFO CHEF : Gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang untuk mempercepatkan tempoh memasak.
3. STEW TAU FOO MERAH
BAHAN-BAHAN :
- 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 peket sayur campuran
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
- Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
- Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
- Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
- Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah bersahur jika anda tidak mahukan juadah yang berat atau berasaskan daging.
4. STEW AYAM SHIITAKE.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm isi ayam | dipotong kiub
- 2 batang saderi
- 30gm cendawan shiitake | direndam
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan cili giling
- Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
- Masukkan isi ayam biar empuk sedikit dan masukkan cendawan dan batang saderi. Campurkan cili giling, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa.
- Biarkan mendidih
- Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan..
- Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Gabungan ayam dan cendawan sedap dimakan panas dan amat enak.
INFO CHEF ; Boleh ditambahkan pelbagai sayuran lain untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.
5. STEW UDANG TAUCHOO.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm isi udang
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 30gm cendawan shiitake | direndam dan dihiris
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan cili giling
- 3 sudu makan tauchoo
- Sedikit tepung jagung | dicairkan dengan sedikit air
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya.
- Masukkan isi udang, cendawan, saderi. Campurkan cili giling,tauchoo, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa . Biarkan mendidih
- Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Masukkan telur dan kacau perlahan.
- Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Penggunaan tauchoo ke dalam stew udang beri keistimewaan rasa
INFO CHEF : Kurangkan penggunaan garam kerana tauchoo sudah memberikan rasa masin.
RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:
Chef Zam Kongsi Cara Buat Beef Stew dan Apple Tarte Tatin Real Punya. Sedap Hingga Tak Terkata!
JUGA RESIPI INI :
Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.
JUGA TONTONLAH VIDEO INI :
Resipi Tomyam Ayam Cendawan Tanpa Guna Pes. Sedap, Mudah & Comfirm Jadi.

Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam
- 2-3 ulas bawang putih – diketuk
- 3 batang serai – diketuk
- 3 helai daun limau purut
- 4 sudu makan sos cili
- 200gm bunga kobis
- 100gm cendawan
- 1 tangkai daun ketumbar
- 2-3 akar ketumbar – dibersihkan
- 2-3 batang baby corn
- 1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
- 3-4 biji cili padi
- 5-6 biji tomato ceri
- Gula dan garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
- Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
- Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
- Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
- Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
- Tabur daun ketumbar dan angkat tomyam.
- Sedia untuk dinikmati.
Resipi Kepak Ayam Bakar Madu Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je

Ibu mesti tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Rasa pun tak pedas. Cukup perisanya dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Jika tiada kepak, boleh sahaja guna apa-apa bahagian ayam yang anda ada. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!
RESIPI KEPAK AYAM BAKAR MADU
- 3 biji bawang putih – beli online disini
- 1 sudu makan madu – beli online disini
- 2 sudu makan kicap manis pedas – beli online disini
- 1 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 3 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.
3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF:
- Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
- Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .
Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official