
Ayam goreng mamak selalunya kelihatan kemerah-merahan. Rasanya pula memang cukup sedap sama ada dijadikan lauk bersama nasi atau diratah begitu sahaja.
Melalui facebook Rasa Share Resipi Iedaa Jahaya berkongsi resipi ayam goreng mamak yang kelihatan amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM GORENG MAMAK

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci halia
3 sudu besar serbuk kari ayam dan ikan (campur)
Garam secukup rasa
2 sudu besar serbuk lada
1 biji telur ayam
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Daun kari
1 ekor ayam (potong 8)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan kisar dan kemudian masukkan dalam bekas.
2. Dalam bekas yang sama, masukkan tepung jagung, tepung beras dan daun kari.
3. Gaul sebati semua bahan ini.
4. Masukkan ayam yang telah dibersihkan. Gaul rata-rata. Perap selama 1 jam.

5. Panaskan minyak masak.
6. Goreng ayam dengan api sederhana.


Selamat mencuba!
Sumber: Rasa Share Resipi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Goreng Kunyit Berempah, Resipi Mudah & Cepat Masak

Menu Ayam Goreng Kunyit Berempah ini tentunya digemari ramai. Resipinya cukup mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan.
Anak-anak tentunya suka malah orang dewasa juga menggemarinya. Isi ayam yang digoreng garing dan dimakan panas-panas, memang enak! Malah Ayam Goreng Kunyit Berempah versi yang dikongsi oleh saudari Aisyah Humaira ini juga lebih berperisa. Nak lagi padu? Nikmati bersama telur dan kicap cili potong. Pasti bertambah nasi di pinggan. Jom cuba!
RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi ayam – dihiris kecil
1 sudu besar serbuk cili – beli online disini
1 sudu besar serbuk kari daging – beli online disini
1 sudu besar serbuk kari ikan – beli online disini
1 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar rempah campur (ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji sawi) – optional
3 sudu besar tepung jagung – beli online disini
3 tangkai daun kari
Garam, serbuk perasa dan air secukupnya (air letak sedikit-sedikit dahulu supaya pes tidak terlalu cair sambil gaul sebati)
SAYUR:
Kacang panjang – hiris
Bunga kubis – hiris
Bawang holland – hiris
CARA MEMASAK :
1.Letak isi ayam ke dalam mangkuk dan masukkan semua bahan lain kecuali sayur dan daun kari. Sebatikan.
2.Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam macam biasa. Boleh guna minyak yang banyak. Letak daun kari dan goreng bersama.
3.Bila agak-agak ayam sudah hampir masak, keluarkan lebihan minyak goreng dan bolehlah masukkan sayur. Goreng hingga sayur layu.
4. Angkat dan Ayam Goreng Kunyit Berempah sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap & Asli. Resipi Gulai Ayam Stail Terengganu Ni Memang Padu

Enaknya Gulai Ayam Terengganu ini. Bagi yang dah lama tak makan nasi berlauk gulai ayam atau ada yang baru nak cuba, resipi perkongsian Siti Noor Hidayah Samah ni antara yang paling mudah. Unik, sedap dan punya rasa tersendiri kerana ia menggunakan rempah Cap Bunga Ros yang memang popular di Terengganu. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sajian istimewa negeri Darul Iman ini.
CARA MASAK GULAI AYAM TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
1 mangkuk santan sederhana pekat
Rempah cap bunga rose (Ikot nisbah 2:1)
• 2 sudu makan rempah gulai – beli online disini
• 1 sudu makan rempah masak – beli online disini
3 sudu makan cili boh – beli online disini
2 biji ubi kentang – beli online disini
Nise kerek kelantan @ gula melaka secukupnya – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
1 sudu makan kerisik – beli online disini
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
Bawang merah – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan rempah dan kacau sebati.


4. Masukkan ayam dan kacau rata.

5. Masukkan air dalam 1 cawan (boleh masuk air bilasan blender)

6. Masukkan nise Kelantan @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.
7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.
8. Buka penutup periuk dan masukkan santan. Kacau dan jangan tutup periuk sampai siap menggulai).

9. Bila sudah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.



10. Perlahankan api dapur dan renehkan gulai dalam 7-8 minit.

11. Bila kuah gulai sudah terbit minyak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

PETUA
Tip untuk dapatkan warna gulai yang cantik ialah guna api perlahan untuk mereneh gulai semasa proses akhir. Selain itu, cili boh juga memainkan peranan yang penting. Guna cili boh yang merah menyala supaya hasi gulai nanti juga kelihatan merah. Di bawah ini adalah gambar rempah Cap Bunga Ros.

Kredit resipi & foto: Siti Noor Hidayah Samah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Nasi Lemak Pandan, Sambal & Ayam Berempah Paling Padu
Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Kedai Masakan Thailand
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Bebas Santan & Minyak Yang Sedap & Lebih Sihat .

Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Atau baru baik demam tekak tak sedap, Jangan Risau ini RASA kongsikan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Gerenti sedap dan sihat dan anda tidak akan menyesal mencubanya.

SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 3cm halia
- 2 sudu rempah sup
- 1 paket stok ayam
- 1 tangkai daun sup | racik
- 1 batang daun leek | potong kasar
- ½ biji lobak merah | potong kasar
- 5 biji tomato ceri
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- Lada sulah secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
- Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
- Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.

SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2.5cm halia | hiris
- 3 biji kentang | potong empat
- 1 batang lobak merah | potong
- 500gm suhun
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
- Setelah kentang empuk, kecilkan api.
- Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
- Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
- Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 10 batang cili kering
- 2cm kunyit hidup | separuh racik
- 3 keping asam gelugur
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang bunga kantan| racik
- Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.

PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam| potong kecil
- 2 biji limau nipis | ambil air
- 10 batang pucuk daun kemangi | racik
- 2 ulas cili merah | racik
- 1 biji tomato | potong dadu
- 4 batang daun salam | hiris
- ½ sudu teh gula pasir
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
- Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 2cm kunyit
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
- Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
- Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
- Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.

GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan merah | saiz sederhana
- 200ml air asam jawa
- 2cm kunyit
- 5 ulas cili merah
- 5 ulas cili padi
- 1 batang serai | dititik
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih.
- Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
- Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA DI RUMAH, SILA LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI DI BAWAH INI :
Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.
https://www.rasa.my/buka-selera-dengan-singgang-thailand-ikan-sumbat-sambal-kelapa/



3.Bila agak-agak ayam sudah hampir masak, keluarkan lebihan minyak goreng dan bolehlah masukkan sayur. Goreng hingga sayur layu.
