Resipi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah, Guna 3 Bahan Saja

Share

Sejak lockdown ni, kita buat menu layan tekak anak-anak, berkelah depan rumah. Ayam goreng ni kegemaran anak-anak, nak cepat memang pakai bestari jela.

Menerusi perkongsian resipi daripada Suhasnida Ismail, ayam goreng ini memang rangup seperti makan ayam goreng KFC walaupun guna 3 bahan saja.

 

RESIPI BUAT AYAM GORENG ALA KFC

BAHAN- BAHAN: TEPUNG KERING

250gm tepung bestari spicy


750gm tepung roti/high protein – beli online di sini
Sedikit garam/serbuk perasa
Tepung basah (perapan)
Tepung bestari – beli online di sini
Air
Ayam
*bancuh pekat dan perap sejam

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

CARA PENYEDIAAN:

1. Bancuh tepung dan ayak. Kemudian bancuh tepung perapan tu bagi pekat. Agak-agak la ye. Perap ayam tu sejam.

 


2. Panaskan minyak, suhu minyak goreng ayam lebih 150 celcius.
3. Sediakan bekas air biasa dalam besen untuk celup.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Ambil ayam, golek-golekkan dalam tepung kering kemudian celup dalam air biasa. Toskan sekejap dan masuk semula ke dalam tepung kering. Ulang langkah ini 2 ke 3 kali.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


5. Salutan ketiga tu, kirai ayam tu supaya jadi crispy. Kemudian terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai masak lebih kurang 15 minit. Bergantung kepada saiz ayam yang anda guna.

Kredit resipi: Suhasnida Ismail

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN