Resipi Ayam Golek mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Hanya bakar menggunakan ketuhar sahaja. Di hujung minggu macam ni, sesuai sangatlah mak-mak cuba.
  
 AYAM GOLEK OVEN
  
 BAHAN-BAHAN:
  - 1 senduk minyak zaiton
  - 1 senduk sos tiram
  - 1 senduk sos chicken marinade – senduk yang betul bukan sudu teh atau sudu makan.
  - 2 sudu makan lada hitam
  - 5 sudu makan kicap abc
  - 1 sudu makan basil
  - 1 sudu makan oregano
  - Seekor ayam (saiz besar)
  - 3 sudu makan serbuk cili babas
  - Garam,ajinamoto secukupnya
  - 5 sudu makan madu
  - 1 sudu makan mentega
  - Kentang
  - 1 ulas bawang besar – belah dua
  - 1 labu bawang putih – belah dua jangan buang kulit
  
 *campur kesemua bahan-bahan diatas.
 

  
 CARA MEMASAK:
  -  Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dgn bahan-bahan diatas. Perap selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.
  -  Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)
  -  Kemudian turunkan suhu kepada 180C, api atas bawah, tempoh masa membakar dalam 1jam 40min bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna redai besi yang jarang-jarang tu letak kat tengah-tengah, pastu letakkan tray pada lapisan bawah. Jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tak kering dan lembut serta ‘juicy’ bila dimakan.
  -  Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
  -  Bila ayam sudah masak, jangan keluarkan dari ketuhar. Biarkan ayam dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.
  
 
 INFO:
 *setiap 10 minit, glis ayam dengan bahan perapan. Bila ayam dah bertukar warna, boleh berhenti glis ayam tu.
 *Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila di bakar.
 * Ubi kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk menambahkan lagi aroma.
  
  
 Kredit Resepi & gambar: Nana Sabrina Sarsan