Biasanya kalau nak buat nasi bertumis seperti nasi minyak, nasi hujan panas dan sebagainya, ayam masak merahlah antara yang menjadi pilihan untuk dijadikan lauk. Boleh juga kan? Apa kata anda cuba menu Ayam Bakar Sambal Bawang ni. Rasanya lebih sedap dan beraroma.
BAHAN-BAHAN A:
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bahan-bahan tumbuk dan garam selama 30-40 minit. Kemudian ayam dibakar hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar berserta cili kisar hingga cili masak.
3. Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Tuang ke atas ayam bakar dan hidangkan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih enak, bakar ayam menggunakan arang. Jika tiada, boleh gunakan ketuhar. Bakar pada suhu 170C selama 30-40 minit atau hingga ayam masak. Kelar sedikit bahagian isi yang tebal supaya ayam masak sekata.