Resipi Ayam Ala KFC, Sedap Diratah Panas-Panas

Share

 

Ada macam-macam cara untuk masak ayam goreng. Salah satu caranya adalah ayam goreng seperti di restoran makanan segera terkemuka yang singkatannya KFC. Bagi korang yang nak cuba, RASA berikan resipinya.

AYAM KFC

BAHAN-BAHAN
• 5 ketul ayam
• 1 sudu besar serbuk kari
• Garam secukup rasa
• 5 sudu besar tepung beras
• 60 ml air
• 5 sudu besar oat
• Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam dengan serbuk kari dan garam.
2. Masukkan tepung beras dan gaul sehingga ayam tersalut.
3. Masuk air dan gaul lagi hingga tepung basah.
4. Golekkan ayam dengan oat.
5. Panaskan minyak masak dan goreng ayam dengan api sederhana.

Selamat mencuba.

Resipi Oleh Zura Amin dari Telegram KakiMakan T.me/kakimakan

IKLAN