Resipi Asli Bakso Homemade Bonda Dari Indonesia

Share

Bakso, antara masakan Indonesia yang sangat popular dan digemari rakyat Malaysia di sini.

Walaupun banyak yang menjual menu ini, namun tak semuanya menepati rasa asli seperti yang dijual di negara tersebut.

Melalui perkongsian daripada Fara Amirullah, dia mendapat resipi asli bakso ini daripada ibunya sendiri yang berasal dari Indonesia. Jom kita cuba!

BAHAN SUP BAKSO:

2 biji bawang besar
2 sudu makan garlic in olive oil (kalau tak ada, boleh guna 4-5 ulas bawang putih)
*cara nak buat garlic in olive oil: kisar 5 labu bawang putih bersama olive oil dan garam. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan sehingga 6 bulan simpan di peti sejuk


2 inci halia – beli online di sini
1 sudu makan lada hitam – beli online di sini
*Kisar halus kesemua bahan ni
2-3 helai daun bay leaf (kalau tak ada pun, tak apa) – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Panaskan minyak and tumis bahan kisar tadi, masukkan daun bay leaf.


2. Dah naik bau, masukkan air. Ikut suka nak banyak mana. Saya masukkan 3 jag air alat pengisar. Garam sikit.


3. Sup bakso ni tak payah masak sedap-sedap sebab nanti kita nak seimbangkan rasa dia dengan kicap, sos and sambal bakso.

BAHAN BEBOLA DAGING:

250gm daging kisar
3 sudu makan tepung ubi – beli online di sini
1 sudu makan garlic in olive oil
½ sudu makan lada putih
1 biji putih telur
Garam secukup rasa

CARA-CARA:

1.Kisar kesemua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk dan uli.


2. Nak senang, pakai senduk spaghetti seperti dalam gambar. Tekan yang lubang tengah pada daging yang dikisar. Kemudian, sudukan je daging ke dalam sup.


3. Daging yang dah dikisar tadi dah uli, terus masukkan ke dalam sup yang kita dah buat.
4. Masak sampai daging empuk. Jangan risau jika rupa daging tu buruk. Itu menandakan daging betul-betul lembut dan tak banyak tepung. Bebola bakso ni jangan banyakkan tepung, tak sedap!

 

BAHAN SAMBAL BAKSO:

20 batang cili api
10 batang cili padi – beli online di sini
5 batang cili kering – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
½ sudu makan cuka epal
Garam secukup rasa

CARA-CARA:

Kisar halus semua bahan. Kalau tak tahan pedas, kurangkan kuantiti cili ye.

 

CARA HIDANGAN:

1.Sediakan sambal, daun sup, daun bawang, bawang goreng di dalam bekas berasingan. Jangan lupa sos cili dan kicap pekat.

2. Celur bihun dengan air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mi pun boleh.


3. Satukan semua di dalam mangkuk. Sesuaikan rasa sos cili, kicap dan sambal dengan citarasa masing-masing. Tiga bahan ni yang penting dalam bakso.

Kredit resipi: Fara Amirullah


Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN