Resipi Asam Laksa Ala Ala D’Laksa Untuk Hantu Laksa

Share

Kadang-kadang tu rasa malas nak keluar rumah tapi teringin Asam Laksa. Teringin pula Asam Laksa D’Laksa terbayang hirup kuah yang pekat tu. Resipi yang bakal saya kongsikan ni sangat mudah cara penyediaannya. Resipi Asam Laksa Ala Ala D’Laksa ni gerenti menjadi. Resipi penuh Asam Laksa Ala Ala D’Laksa ni telah dikongsikan oleh Isma Wati Hashim. Jom kita cuba!

 

ASAM LAKSA ALA ALA D’LAKSA

BAHAN-BAHAN:

1 tin sardin mackerel (cap ayam)

1 bungkus pes asam pedas adabi

3 biji bawang merah sederhana besar

Bunga kantan

Daun kesum

Sedikit belacan

Sebungkus laksa basah (celur dalam 5-10 minit)

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar semua bahan tadi kecuali daun kesum dan bunga kantan.
  2. Masak semua bahan tadi dan masukkan air sesuai dengan kepekatan kuah yang kita nak.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan asam keping
  4. Masukkan bebola ikan jika suka

BAHAN LAIN:

Salad

Bawang merah

Limau kasturi

Petis udang

 

SELAMAT MENCUBA!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

IKLAN