Sedapnya Apam Pisang gebu ni. Jika dulu di zaman sebelum merdeka, pisang dan ubi kayu adalah antara makanan popular. Cara masaknya pun sangat ringkas. Sama ada dibakar, direbus atau dimasak bersama nasi. Maklumlah, waktu itu kehidupan susah, tiada wang dan sumber terhad. Jika dibandingkan dengan sekarang, memang banyak beza.
Jadi kalau ada pisang dekat dapur tu, jangan biar gitu je. Macam-macam boleh buat tau. Salah satunya ialah Apam Pisang terlajak mudah perkongsian saudari Achik Ita Jsd Kelantan ni. Hanya guna bahan-bahan ringkas dan kukus pun hanya 5 minit.
Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS
BAHAN-BAHAN :
250gm dada ayam | dipotong kiub
12gm bawang putih | dicincang halus
100gm bawang besar | dipotong dadu
100gm batang saderi | dipotong dadu
100gm lobak merah | dipotong dadu
50gm cendawan butang | dipotong dadu
100gm tepung gandum
50gm pes tomato
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
400ml air rebusan ayam
150ml minyak masak
2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN
BAHAN-BAHAN : Bahan doh pastri bergula :
1 biji telur
50gm gula castor
125gm mentega
200gm tepung kek
3gm garam
Bahan inti durian :
350gm isi durian
250gm krim putar bergula
8gm serbuk gelatin
10ml air
CARA MEMASAK : Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Cara membuat isi durian :
Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
100gm telur putih
100gm gula kastor
12gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
10ml cuka salad
150gm krim putar
300gm strawberi, blueberi dan raspberi
CARA MEMASAK :
Ayak tepung jagung bersama gula aising.
Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA
BAHAN-BAHAN :
1500gm tepung roti | diayak
690ml air
150gm telur
75gm yis
Garam secukup rasa | diayak
90gm gula kastor
120gm mentega
75gm susu tepung | diayak
Bahan inti susu mentega:
500gm susu tepung
400gm gula castor
500gm mentega
70gm tepung kastad
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
Secubit garam
CARA MEMASAK :
Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.
Cara memasak inti susu mentega :
Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN :
1500gm tepung roti | diayak
690ml air
150gm telur
75gm yis
Garam secukup rasa | diayak
90gm gula kastor
120gm mentega
75gm susu tepung | diayak
100gm pes pandan
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Bila badan rasa tak sihat, nafsu makan juga turun. Serba tak kena, semua yang dimakan terasa pahit. Apa kata buat sup lada hitam.Bila hirup sup ni panas-panas , gerenti berpeluh badan.Sup ni bukan untuk orang tak sihat saja, orang yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan. Lagi-lagi mereka yang nak berdiet. Kalau rasa demam, batuk, selsema bolehlah hidangkan sup ni. Orang sedang berpantang pun boleh makan sup ni. Paling best sup ni TANPA minyak.
SUP TANPA MINYAK
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Lada hitam kasar
Garam & gula
Cara membuat:
1.Tumbuk kasar bahan-bahan, satukan semua dengan ayam.
2.Kemudian didihkan saja.Dah la mudah, sedap pula tu
Tip : Didihkan dengan api perlahan hingga ayam tu masak.Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil.Nak tambah lada putih pun boleh.Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangan guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza pula.
Buah cempedak memang mahal. Alang-alang harganya tinggi tu, selain makan isinya, kulit pun jangan dibuang. Anda boleh hasilkan jeruk kulit cempedak atau juga dikenali sebagai mandai. Ia merupakan sajian tradisi masyarakat Banjar. Menu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-cara penyediaan mandai perkongsian dari saudari Mariana Zainal.
CARA MENJERUK KULIT CEMPEDAK @ MANDAI
BAHAN-BAHAN MENJERUK MANDAI:
1 biji cempedak bersaiz sederhana
Air masak suam secukupnya
3 sudu makan (penuh) garam
Bekas atau botol bersih | untuk menjeruk mandai
CARA MENJERUK:
1. Belah buah cempedak dan keluarkan isinya.
2. Kemudian bersihkan kulit cempedak dengan membuang bahagian durinya dan hanya bahagian isi putih sahaja diambil.
3. Potong kulit cempedak berbentuk kiub dan cuci bersih. Toskan.
4. Gaul kulit cempedak dengan garam hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas atau botol bersih.
5. Tuang air masak suam hingga kulit cempedak tenggelam. Tutup botol dengan penutup.
6. Simpan jeruk mandai di tempat gelap dan terlindung dari matahari dan peram selama seminggu sebelum dinikmati.
CARA MEMASAK JERUK MANDAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mandai @ jeruk kulit cempedak yang dihiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 biji cilimerah | hiris
10 biji cili padi hijau | hiris (boleh diabaikan)
1 genggam ikan bilis | dibersihkan & rendam sekejap
CARA MEMASAK:
Keluarkan secukupnya kulit cempedak @ mandai jeruk tadi, cuci bawah air paip dan perah airnya.
Hiris nipis dan goreng hingga agak-agak garing. Ketepikan.
Ikan bilis ditoskan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Tinggalkan kurang lebih 4 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah mandai yang digoreng garing tadi, gaul rata dan masukkan ikan bilis goreng.
Kacau dan masak sekejap hingga kering. Rasa dan jika perlu, baru tambah sedikit garam.