Resipi Apam Kampung Pandan. Guna Pati Pandan Asli Semerbak Wanginya

Share

Resipi apam kampung pandan. Guna pati pandan asli semerbak harum baunya. Boleh makan dengan kelapa parut. Tapi ada juga yang makan dengan sambal. Terpulang pada selera masing-masing ye.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Noor Baini Bakar ini (Sumber: Lubuk Resipi). Selamat mencuba. Masak malam ni, esok pagi boleh makan seisi keluarga.

Resipi Apam Kampung Pandan

Bahan-bahan Untuk Apam:

2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1/2 cawan gula (kalau suka manis boleh lebihkan) – boleh beli online di sini

1 sudu makan yis – boleh beli online di sini

1/2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan)

1 cawan air

Bahan Lain:

Sedikit kelapa parut

Garam – boleh beli online di sini

Sedikit minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak Resipi Apam Kampung Pandan:

 Satukan bahan-bahan untuk apam. Gaul sehingga sebati. Kemudian perap selama 1 jam ½.

Kemudian tuang adunan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 15 minit utk acuan kecil,utk acuan besar kukus 45 minit atau sehingga masak.

Sejukkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN