Resipi Apam Aiskrim Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak

Share

Kalau anak anda bawa Apam Aiskrim ni ke jamuan sekolah pasti menajdi tarikan buat kawan-kawan sekelas anak anda. Kalau menu lain dari yang lain seperti Apam Aiskrim ni pastinya digemari kanak-kanak. Cara penyediaan apam ini sangat unik dan gerenti sedap! 

Resipi penuh Apam Aiskrim ini telah dikongsikan oleh Fee Sha Taa Hir

di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah mendapat Like sebanyak 1.2K.

Jom kita cuba resipi ini dirumah!

APAM AISKRIM

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

3 Biji telur gred A

1 Sudu makan ovalette

Sedikit esen vanilla

1/2cawan gula

(Campurkan kesemua BAHAN A menggunakan mixer sehingga gebu & kental. Pastikan adunan tidak akan jatuh bila diangkat)

 

BAHAN B

5 sudu besar susu pekat

1/2 cawan susu kotak full cream (boleh juga susu cair)

(Masukkan BAHAN B ke dalam adunan BAHAN A dan mix sehingga sebati)

 

BAHAN C

2 Cawan tepung gandum

1 Sudu kecil baking powder

(Ayak BAHAN C dan masukkan dalam adunan tadi)

 

CARA PENYEDIAAN:

Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan pilih warna kesukaan anda.

Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam piping bag.

Gunting sedikit hujung piping bag.

Paip adunan ke dalam kon yang kita buat awal-awal tadi dan selang selikan warna bagi nampak menarik. Kukus 10 minit api perlahan. Kon tu dirikan di lubang pengukus.

Letak loyang pengukus 2 lapis dan kosongkan loyang bahagian bawah supaya air tu tak terkena kon. Kukus guna api sederhana kecil untuk elak apam merekah. Sejukkan & isi topping coklat atas apam.

 

Kredit: Fee Sha Taa Hir

SELAMAT MENCUBA!

IKLAN