Resipi Aiskrim Coklat Bersama Kekacang Yang Mudah & Sedap

Share

Suka makan sesuatu yang sejuk dan enak? Jom kita buat Aiskrim Coklat Bersama Kekacang. Senang nak buat. Topping aiskrim juga boleh dipelbagaikan mengikut kegemaran masing-masing. Yang penting, gunakan Anchor Whipping Cream kerana ia diperbuat dengan sumber susu New Zealand yang berkualiti tinggi. Memang puas hati!

AISKRIM COKLAT BERSAMA KEKACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 600ml Anchor Whipping Cream
  • 100ml sirap coklat
  • 150gram gula perang
  • 2 sudu makan susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B (TOPPING):

  • Cincangan kekacang panggang
  • Gula manik secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Di dalam mangkuk yang besar, tuang Anchor Whipping Cream dan pukul menggunakan hand mixer hingga krim kental.
  2. Masukkan gula perang, susu pekat manis dan sirap coklat. Pukul lagi hingga semua bahan sebati sempurna.
  3. Tuang campuran ke dalam loaf pan. Ratakan bahagian atasnya lalu tutup dengan plastic cling (pastikan plastic cling tak melekat pada permukaan aiskrim).
  4. Sejuk bekukan selama 7-8 jam atau semalaman.
  5. Hidangkan aiskrim bersama topping pilihan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN