Resipi Air Sirap Bandung Soda Cincau Padu, Begini Cara Buatnya

Share

Tatkala badan letih dek kerana cuaca panas, memang sedap dan sesuai sangat  jika dapat minum Air Sirap Bandung Soda Cincau yang padu ni. Terlalu mudah cara pembuatannya. Malah anak-anak pun boleh buat sendiri dengan senang. Bila diminum, gigit sekali dengan cincau tu, terasa kenikmatannya. Lebih enak lagi bila dihidang sejuk-sejuk. Jom cuba resipi perkongsian saudari Dani J Thang ni. Buat untuk keluarga. Pasti ramai yang suka.

 

CARA BUAT AIR SIRAP BANDUNG SODA CINCAU PADU

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan Air Sirap Bandung Soda Cincau, ambil cincau dan potong mengikut saiz yang disukai.

2. Masukkan cincau yang telah dipotong tadi ke dalam jug atau bekas yang bersesuaian.

3. Masukkan ice cream soda. Sukatan ini ikut selera, jika mahu buat banyak, lebihkan bahan-bahan mengikut selera masing-masing.

4. Kemudian masukkan susu cair sambil dikacau. Ia bertujuan untuk elak air dari berketul dan berbintil.  Jika air bertintil, nampak tak cantik dan kurang menyelerakan.

5. Seterusnya masukkan ais dan juga sirap dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak sahaja. Kacau hingga sebati.  

6. Itu dia… Air Sirap Bandung Soda Cincau paling padu sedia untuk dihidang dan dinikmati. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

 

Kredit resipi & foto: Dani J Thang

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN