Resipi Air Asam Ketagih, Sesuai Sangat Buat Stok Dalam Peti Sejuk

Share

Sedapnya bila tengok Air Asam Ketagih perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Terasa keenakannya bila dicicah bersama aneka lauk pauk bakar dan rebus seperti ikan bakar, terung bakar, bendi celur dan sebagainya. Sangat membuka selera. Bagi anda yang suka makan nasi bersama air asam, resipi yang satu ni harus dicuba. Boleh buat stok dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak makan, tinggal ceduk sahaja.

 

RESIPI AIR ASAM KETAGIH

BAHAN-BAHAN BAKAR:
2 biji bawang merah 
1 biji bawang besar Hollandbeli online disini
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan beli online disini

BAHAN LAIN:
1 biji lemonambil jusnya sahaja
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah

1 1/2 gelas air asam jawa (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) beli online disini
1 sudu besar garam bukit beli online disini
1/2 sudu besar gula perang beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan bakar dan panggang dalam kuali.


2. Masukkan bahan bakar tadi ke dalam pengisar.
3. Tambahkan jus lemon, cili padi hijau, cili padi merah dan air asam jawa.


4. Tambahkan juga garam bukit dan gula perang.


5. Kisar semua bahan tadi hingga lumat.
6. Masukkan Air Asam ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.


7. Untuk menghidangnya, ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.


8. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

NOTA: Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan. Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, air asam perlu terus menikmati air asam. Tidak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN