Resipi Agar-Agar Santan Sedap Dengan Hirisan Isi Kelapa Muda

Share

Hidangan Agar-Agar Santan ni antara manisan kegemaran ramai. Malah kanak-kanak pun suka sebab rasanya memang sedap dan enak dimakan sejuk. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kadang-kala tak menjadi juga. Nak cuba buat Agar-Agar Santan yang sangat sedap ni untuk hidangan keluarga? Siap dengan hirisan isi kelapa muda tau. Memang lain dari yang lain. Saudari Anisah Connie ada kongsikan resipinya. Jom cuba.

CARA MEMBUAT AGAR-AGAR SANTAN SEDAP

BAHAN LAPISAN BAWAH:
1/2 pek agar-agar tali (6gm) beli online disini
6 sudu makan gula beli online disini


1/2 sudu teh garam beli online disini
300ml santan pekat beli online disini
300ml air

CARA MEMASAK LAPISAN BAWAH:
1. Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih,baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan gula bersama garam. Kacau lagi.
3. Bila seudah sudah sebati, tutup api dan biar suam barulah ditambah santan dan kacau manja.
4. Tuang adunan lapisan bawah ini ke dalam bekas dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

 

BAHAN LAPISAN ATAS:
10 helai daun pandan
1/2 cawan air
2 biji isi kelapa muda
4-6 sudu makan gula
1/2 agar agar tali (6 gm)
350ml air

CARA MEMASAK LAPISAN ATAS:


1.Kisar daun pandan bersama air. Tapis dan ambil jusnya. Ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati.
3. Tambahkan jus pandan, gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.
4. Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.


5. Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah. Kemudian barulah tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.
6. Biarkan di suhu ruang sekitar 30 minit dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan agar-agar dalam anggaran masa 2-3 jam.


7. Agar-Agar Santan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Anisah Connie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN