Resipi Agar-Agar Santan Gula Melaka Sedap dan Mudah Dibuat di Rumah

Share

Agar-Agar Santan Gula Melaka memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut. Tak guna banyak bahan, tetapi hasilnya sangat sedap dan menarik. Hidangan ini juga sesuai untuk majlis keraian atau jamuan keluarga. Jika anda suka manisan tradisional, jom cuba buat sendiri agar-agar santan gula melaka ini di rumah!

Bahan-Bahan Agar-Agar Santan Gula Melaka

  • 30gm agar-agar bertali
  • 2 mangkuk air
  • 2 biji telur
  • 1/2 kole atau mug santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula melaka + sedikit gula putih
  • Daun pandan
  • Secubit garam
  • Loyang

Cara Memasak Agar-Agar Santan Gula Melaka

  1. Rendam agar-agar tali dalam air basuhan beras sehingga kembang. Toskan airnya.
  2. Masak gula melaka bersama air secukupnya, gula putih dan daun pandan. Jadikan 1 cawan air gula yang agak pekat, kemudian ketepikan.
  3. Rebus agar-agar bersama air mengikut sukatan. Tambah sedikit garam. Biasanya jika guna 1 mangkuk agar-agar, sukatan airnya adalah 2 mangkuk. Masak hingga larut.
  4. Satukan telur dan santan ke dalam pengisar dan pukul hingga kembang. Tuang ke dalam periuk agar-agar bersama air gula melaka.
  5. Masak dan kacau sehingga adunan betul-betul nampak berkepala (santan dan telur mula pekat).
  6. Padamkan api dan tuang ke dalam loyang yang telah disediakan.
  7. Sejukkan agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Bila sudah keras, potong dan sedia untuk dinikmati.

Tip Memasak Agar-Agar Santan Gula Melaka

  • Gunakan air basuhan beras untuk melembutkan agar-agar. Jika nak masak keesokan hari, boleh rendam semalaman.
  • Sejukkan loyang dalam peti sejuk sebelum menuang adunan agar-agar supaya ia membeku lebih cepat.
  • Kuantiti gula boleh diubah mengikut cita rasa. Lebih banyak gula melaka digunakan, lebih gelap warna agar-agar yang dihasilkan.

Kredit resipi & foto: Jamal dan Asmahan

Agar-Agar Santan Gula Melaka bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya sangat menyelerakan. Cubalah resipi tradisional ini dan nikmati keenakan manisan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur