Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis. Simple Je Tapi Sedap

Share

Telur bungkus berinti isi ayam tumis antara lauk mudah dan menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahannya sangat ringkas namun sangat enak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan tengahari dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Hasni Ceni yang boleh anda cuba. Best!

 

CARA MASAK TELUR BUNGKUS ISI AYAM TUMIS

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
Daun salad & tomato – hiasan

BAHAN INTI:
200gm isi ayam
Sayur campur secukupnya
1 pokok daun bawang
1/2 biji bawang holland beli online disini
2-3 ulas bawang putih beli online disini
1 sudu makan cili boh beli online disini
Sos tomato secukupnya beli online disini
Sos cili secukupnya beli online disini
Sos tiram secukupnya beli online disini
Kicap secukupnya beli online disini
Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang holland sampai naik bau. Kemudian masukkan cili boh. Masak seketika.


2. Seterusnya masukkan isi ayam. Masak lagi hingga ayam bergaul rata dengan rencah.


3. Masukkan sayur campur, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan sedikit air. Gaul dan biar semua bahan bergaul rata, sedikit kering dan cukup rasa.


4. Inti telur bungkus siap dimasak.


5. Seterusnya pecahkan telur dan pukul. Ambil kuali besar, letak sedikit minyak dan tuang bancuhan telur tadi. Leperkan.


6. Letakkan inti telur bungkus di tengah-tengah.


7. Lipat telur kemudian telangkupkan dalam pinggan. Hiaskan dengan salad dan juga hirisan tomato. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hasni Ceni

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN