Resepi “Squid Game” Yang Viral Dan Sangat Mudah!

Share

Sejak beberapa hari ni, kecoh dengan siri ‘Squid Game’ di Netflix yang viral kerana jalan cerita yang unik dan penuh saspens. Saya sendiri dah habiskan dalam masa 2 hari sahaja. Siri ini mempunyai 9 episod sahaja. Kegilaan manusia terhadap wang boleh membatasi segalanya. Macam-macam emosi bercampur baur ketika menonton siri ini. Dalam episode yang ke-3, mereka perlu memotong manisan mengikut bentuk yang dicetak di atas manisan tersebut dan mempunyai 4 bentuk yang berbeza. Kalini saya nak kongsikan resepi manisan tersebut yang di kongsikan oleh Arni Erma Harriati Adnan

di facebook.

 

 

 

 

 

RESEPI MANISAN ‘SQUID GAME’

BAHAN-BAHAN:

Gula 1 sudu mkn
Secubit Garam
Secubit Baking Soda

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ambil senduk besar.
  2. Masukkan Gula…kacau atas api guna chopstick

  1. Dah mula cair tutup api
  2. Letak baking soda dan garam
  3. Kacau laju2.. tuang atas baking paper … tekap dgn acuan bentuk ikut suka .

SELAMAT MENCUBA!

 

Kredit foto & resepi: Arni Erma Harriati Adnan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN