Resepi Puding Lapis Pandan Santan Enak Dimakan Sejuk

Share

Bukan hanya warnanya yang memukau, rasa puding ni memang enak. Lemak manis rasanya. Puding ni kalau simpan dalam peti sejuk pun boleh tahan selama 4-5 hari.

 

PUDING LAPIS PANDAN SANTAN

Bahan-bahan:

LAPISAN PERTAMA

Loyang 8 inci

10g agar agar serbuk (1 paket)

4 cawan air (1 liter)

Air pandan yang dikisar (5 hingga 6 helai daun pandan + 1 cawan air. Kisar dan tapis)

3/4 cawan gula ( 150g)

Sedikit essen vanila

LAPISAN KEDUA:

2 ½ cawan air

10 gram agar-agar serbuk

3/4 cawan gula (150g)

200g santan pekat

1 tin susu cair (370ml)

Sedikit garam

Cara memasak:

LAPISAN PERTAMA

1.Masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan.

2.Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit kacau hingga mendidih.

3.Dah mendidih matikan api dan kacau 5 minit dan tapis.

4.Satu layer saya buat dalam sukatan 1 cawan (250ml) wajib guna cawan atau apa-apa bekas yang ada sukatan supaya layer sekata.

5.Tuang layer pertama dan sejukkan dalam peti selama 5 minit.

6.Lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa-apa bekas dan isikan dengan air panas supaya agar-agar lebihan tadi tidak mengeras.

 

LAPISAN KEDUA:

1.Masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan.

2.Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit kacau hingga mendidih. Bila mendidih matikan api dan kacau 5 minit.

3.Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit.

4.Ulang cara yang sama bagi setiap layer sampai habis adunan. Setiap lapisan wajib sejukkan selama 5 minit di dalam peti baru tuang layer seterusnya.

 

5.walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air

6.Lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti

7.Dah siap.

Kredit: Muhammad Ali

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN