Resepi Onion Ring Rangup. Buat Ni Comfirm Anak-Anak Berebut Makan. Terbaik!

Share

Snek ringan yang boleh dijadikan kudapan anak-anak. Orang dewasa pun suka. Walaupun asasnya bawang tetapi bila digoreng, memang tak terasa pun. Malah lebih sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 3 biji telur | dipukul
  • Serbuk roti secukupnya
  • Bawang besar kuning ( holland) | dipotong bulat
  • Keju cheddar keping secukupnya | potong 4 memanjang & balut gulungan bawang

CARA MEMASAK:

1.  Sadur gulungan bawang yang telah dibalut dengan kepingan keju bersama bancuhan tepung gandum dan tepung beras hingga rata.

  

2.  Celupkan ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul.

3.  Kemudian sadurkan dengan serbuk roti.

4.  Seterusnya celup kembali ke dalam bancuhan telur diikuti serbuk roti. Salut hingga rata.

  

5.  Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan berwarna kuning keemasan.

6.  Angkat dan nikmati bersama sos. Memang terbaik!

 

Kredit resipi & gambar: Hayatie Ramli 

IKLAN