Resepi Mudah Thai Street Banana Pancake, Sedap Betul Rasanya

Share

Banana Pancake atau Lempeng Pisang bersalut coklat ini merupakan salah satu ‘street food’ @ makanan jalanan popular dikalangan pelancong yang berkunjung ke Thailand. Dimakan panas-panas, dengan penuh rasa coklat memang sangat sedap. Bagi anda yang sudah lama tidak menjamah sajian ini atau teringin sangat nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari @aimartian ini. Mudah sahaja caranya. Jom cuba!

CARA MUDAH BUAT THAI STREET BANANA PANCAKE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
Kepingan Roti Paratha segera beli online disini
1 biji pisang
Mentega masin secukupnya (salted butter) beli online disini
Gula beli online disini
Hazelnut spread @ Nutella (boleh diganti dengan susu pekat manis mengikut citarasa anda) beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Nyahbeku kepingan paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).


2. Potong pisang menjadi kepingan dan susun diatas kepingan roti paratha tadi.


3. Kemudian lipat bahagian tepi paratha ke dalam seperti ini.


4. Cairkan mentega masin dengan secukupnya di dalam kuali.


5. Letak kepingan Paratha tadi dan goreng kedua bahagian sehingga garing keemasan.


6. Angkat dan sapukan Hazelnut spread @ Nutella dengan secukupnya di permukaan. Jika tiada, boleh diganti dengan susu pekat manis atau apa sahaja sapuan mengikut selera anda. Potong untuk memudahkan ia dimakan.


7. Thai Street Banana Pancake yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: @aimartian (twitter)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN