Makan

Resepi KIMCHI Paling Simple, Cikgu Korea Pesan Nak Lebih Sedap Peram Dalam Bekas Tembikar

Share

Mungkin disebabkan gelombang Kpop atau Kdrama, makanan Korea juga turut mendapat tempat kalangan masyarakat kita. Salah satunya kimchi, malah ia menjadi kegemaran sebahagian daripada kita.

Dalam pada itu ramai juga yang sudah mahir membuat kimchi sendiri untuk hidangan keluarga. Tapi bagi yang baru mahu mencuba, boleh ikut resipi yang dikongsi Madamme Momsey

ini.

Selain cara buat paling mudah, ia hanya mnggunakan bahan yang mudah didapati. Sukatannya sesuai untuk hidangan empat hingga lima orang. Malah tambah Madamme Momsey Cikgu Korea nya memberi tip bahawa rasa Kimchi lebih sedap jika diperam dalam bekas tembikar.

Resipi kimchi paling mudah

Bahan-bahan

Kubis Cina -dipotong
1 batang lobak merah
Daun bawang
1 paket serbuk cili (125g)
2 sudu gula
5 sudu sos ikan

Bahan kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Buah lai atau epal

Cara membuat

1. Terlebih dahulu larutkan 1/4 garam dengan air dan rendam kubis dua jam, basuh sebanyak tiga kali dan tos.

2. Sediakan besen besar supaya senang untuk gaulkan bahan-bahan.

3. Masukkankan bahan kisar serbuk cili (boleh kurangkan jika tak suka pedas). Masukkan sekali gulu dan sos ikan. Gaul sebati.

4. Bila suddah sebati masukkan lobak merah dan daun bawang yang dah dipotong dalam 2 cm. Gaul lagi hingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan kobis yang telah ditoskan. Gaul lagi hingga sebati.

6. Simpan kimchi dalam bekas bertutup tapi jangan terlalu penuh kerana kimchi akan keluarkan gas bila diperam.

TIP
Jika mahu cepat masam boleh peram kimchi dalam suhu bilik 2 atau 3 hari.Kemudian boleh masukkan dalam peti ais untuk tahan lama.

Kredit resipi & foto: Madamme Momsey

 

Published by
Rose