Hidangan Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula Sambal Gesek padu, aneka ulam dan telur dadar, waduh…Sedap tak terkata. Menerusi perkongsian saudari Rozmaliza Omar, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok dan Sambal Gesek yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK DAN SAMBAL GESEK
BAHAN A: 1/2 ekor ayam – dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.
BAHAN B: (TUMBUK/ KISAR SEDIKIT KASAR) 1 biji bawang besar – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji cili api merah 5 biji cili api hijau 1/2 inci halia – hiris nipis dulu
CARA MEMASAK: 1. Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika. 2. Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan-bahan B. 3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan tumbuk/kisar hingga kuning. 4. Masukkan bahan-bahan C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air. 5. Bila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.
Ads
RESEPI SAMBAL GESEK
BAHAN-BAHAN: 15 biji cili api hijau (*) 15 biji cili api merah (*) 1 biji bawang holland size kecil (*) – potong kasar – beli online disini 3 ulas bawang putih (*) – potong kasar Garam dan gula secukup rasa 1 biji perahan limau nipis Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan yang bertanda (*). 2. Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan. 3. Bila sudah layu, angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat.. 4. Perasakan dengan garam, gula & jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi telur goyang masak kicap. Lauk ini amat menyelerakan dan bolehlah dianggap sebagai lauk emergency. Kenapa emergency? Ini kerana lauk telur goyang masak ini boleh dimasak dalam waktu kurang daripada 15 minit. Sesuai sangatlah kalau memang tengah lapar, kan?
Jom kita lihat resipinya.
TELUR GOYANG KICAP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
3 biji telur ayam
1 labu bawang besar (hiris) – boleh juga guna bawang merah kecil
7 tangkai cili padi (boleh juga guna cili besar)
Sedikit sos cili
Kicap manis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng telur ayam satu demi satu. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak masak yang sama, tumis bawang besar sehingga garing.
4. Masukkan cili sos dan cili padi. Kacau sebati.
5. Taburkan bahan tumisan tadi ke atas telur yang telah digoreng.
6. Tuang kicap secukupnya.
Menyelerakan.Sesuai dijadikan bekal ke tempat kerja.Sedap dimakan dengan nasi panas.
Kuih tradisional peria ni memang sedap dikunyah, lembut tapi liut sikit sebab ada tepung pulut. Kuih muih Melayu memang tak lekang penggunaan tepung pulut dan santan ni.. Intinya boleh menggunakan kacang merah, kacang hijau atau kelapa.
Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni.
KUIH PERIA ALA MAMA SOFEA BAHAN-BAHAN :
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar
sedikit garam
air secukupnya
pewarna pilihan
inti pilihan ( inti kacang merah / kacang hijau / kelapa ) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan tepung di dalam mangkuk, kacau rata. 2. Masukkan santan yang dicampur sedikit garam . 3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh . 4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan . 5. Ambil sedikit doh dan masukkan inti ( farisha guna inti kacang merah ) 6. Untuk membuat corak , boleh menggunakan lidi / pisau plastik / pembalut buah . 7. Farisha gunakan menggunakan pembalut buah . 8. Letakkan kuih di tengah pembalut dan balut , tekan sedikit di kedua dua bahagian hujung kuih agar kuih terbentuk bujur . 9. Kemudian letakkan di atas baking paper,ulang sehingga habis . 10. Panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit . siap
Petang begini,mulut terasa inginkan kudapan atau pemanis mulut. Kalau dihidangkan bubur memanglah sedap digabungkan dengan teh panas. Jom kita buat bubur yang satu ni, bubur kacang merah resipi Azian Hasan. Mungkin kita jarang makan bubur kacang merah. Selalunya kita makan bubur kacang hijau kan. Bubur kacang merah yang Kak Yan buat ini ialah salah satu manisan untuk makanan masyarakat Cina. Manisan ini tidak menggunakan santan.Resipi ini menggunakan biji kacang merah. Kalau nak guna kacang merah tin, hanya tambahkan air, gula, daun pandan, sedikit bancuhan tepung beras dan hirisan limau kering.
Bahan-bahan: 300 gram kacang merah(direndam selama satu jam) 6 cawan air 180 gram gula 2 helai daun pandan 3 keping kulit limau kering 2 sudu makan tepung beras dicampurkan dengan empat sudu makan air.
Cara memasak: 1.Basuh kacang merah dan rebus bersama air sehingga ia lembut. 2.Masukkan gula, daun pandan dan kulit limau kering. Masak sehingga mendidih. 3.Masukkan tepung beras. Kacau sehingga kuahnya pekat. Kredit: #azianhasan
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.