Makan

Rendang Pedas Ikan Kayu, Makin Pedas Makin Sedap

Share

Rendang pedas ikan kayu boleh jadi hidangan bagi yang mahukan kelainan dalam masakan rendang. Jika kebiasaan menggunakan ayam dan daging, boleh gantikan dengan ikan kayu atau ikan tongkol ini.

Rendang pula dibuat pedas baru terasa lebih sedap. Menurut Laila Safiah yang berkongsi resipi ini, lauk ini merupakan menu kegemaran keluarga. Setiap kali membeli ikan kayu pasti akan ada rendang pedas ini.

Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi yang beliau kongsi.

Rendang pedas ikan kayu

Bahan-bahan

1 ekor ikan kayu (anggaran 600gm)-dipotong dan dibersihkan
4 ulas bawang kecil – hiris nipis
2 batag serai besar (hiris dan tumbuk)
8 tangkai cili kering
5 tangkai ciji cili padi merah – kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar – hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara membuat

1. Kisar cili kering dan cili padi merah, hingga lumat.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam kuali termasuk ikan. Ikan tak perlu digoreng dahulu.

3.Masak atas api sederhana sambal dikacau. Masak sama seperti rendang biasa hingga agak kering.

INFO

  • Cara memasak rendang pedas ikan ini memang mudah dan lebih cepat.
  • Ikan boleh juga digoreng terlebih dahulu jika suka.
  • Ikan kayu lebih sesuai dibuat rendang kerana rasanya yang sedikit berlemak dan tekstur isi yang padat sesuai untuk dimasak dengan rempah pekat.

Kredit resipi & foto: Laila Safiah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose