RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.  Anda boleh cuba salah satu  kerana kesemua menu ini sangat sedap dan mudah disediakan. Lepas puas makan rendang, jom makan mi dan mihun pula ye.

MI GORENG MAMAK


BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mi kuning
  • 40 gram bawang merah kisar
  • 30 gram bawang putih kisar
  • 20 gram cili boh
  • 30 gram kuah kacang segera
  • 100 gram bebola ikan hiris
  • 100gm fish cake | hiris
  • 100 gram isi ayam potong dadu
  • 50 gram udang
  • 1 keping tauhu | goreng hiris nipis
  • 3 biji telur
  • 50 gram tauge
  • 50 sawi | potong
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN  KUAH KACANG

  • 300 gram kacang tanah
  • 500 gram bawang merah kisar
  • 300 gram bawang putih kisar
  • 30 gram udang kering
  • 500 gram cili boh
  • 3 liter air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 CARA MEMASAK

  1.  Untuk memasak kuah kacang, kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
  4. Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
  5. Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
  6. Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
  7. Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
  8. Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
  9. Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
  10. Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.

 

CHAR KUETIAU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kuetiau
  • 150 gram udang
  • 50 gram bawang putih kisar
  • 50 gram cili boh
  • 30 ml kicap cair
  • 10 gram lada putih
  • 1 biji telur ayam
  • 30 gram tauge
  • 50 gram kucai
  • Minyak masak secukupnya

 CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.

 

IKLAN

MI SOTO AYAM


BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mi kuning | celur
  • 1 liter air 2gm bunga lawang
  • 5 helai daun limau purut |kisar
  • 2 gram biji pelaga
  • 2 gram kulit kayu manis
  • 50 gram bawang merah | kisar
  • 30 gram bawang putih | kisar
  • 5 gram halia
  • 1/2 peket rempah sup
  • 1 batang serai | titik
  • 5 gram jintan manis
  • 5 gram jintan putih
  • 5 gram serbuk lada hitam
  • 50 gram isi ayam
  • 20 gram serbuk ketumbar
  • 10 ml minyak masak
  • 400 gram nasi impit | rebus
  • 100 gram bawang goreng | hiasan
  • 30 gram tauge | hiasan
  • Sedikit hirisan cili merah | hirisan
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN  SAMBAL KICAP CILI PADI:

  • 20 gram cili padi merah/cili api
  • 5 gram bawang putih
  • 150 ml kicap lemak manis
  • 5 ml air limau nipis

 CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.

 

BIHUN SINGAPORE


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg bihun | rendam dan tos
  • 10 ml minyak masak
  • 50 gram bawang merah kisar
  • 30 gram bawang putih kisar
  • 5 gram lada putih
  • 5 gram lada hitam
  • 100 gram isi ayam potong dadu
  • 100 gram udang
  • 100 gram sotong
  • 50 gram lobakmerah hiris panjang
  • 10 gram daun bawang hiris panjang
  • 1 biji telur
  • 10 gram cili merah hiris
  • Sedikit daun kucai | hiris
  • Sedikit tauge
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.

 

MI LADNA


BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mi kuning | celur
  • 10 gram halia kisar
  • 30 gram bawang putih kisar
  • 100 gram isi ayam
  • 50 sotong
  • 50 gram udang
  • 50 gram sawi
  • 5 biji cili padi | belah dua
  • 50 gram lobak | hiris
  • 50 gram bunga kobis | potong
  • 4 biji cendawan butang dalam tin | hiris
  • 500 liter air
  • 30 ml sos tiram
  • 5 ml minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

 CARA MEMASAK
1. Tumis halia, bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

 

MIHUN TOMYAM


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg bihun | celur
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN PES:

  • 30 gram bawang merah
  • 20 gram bawang putih
  • 20 gram cili merah
  • 30 gram cili kering
  • 10 gram lengkuas
  • 2 batang serai | ketuk
  • 8 gram udang kering
  • 5 helai daun limau purut
  • 10 gram belacan | bakar
  • 30 ml air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya
  • 5 liter air

BAHAN SUP

  • 100 gram ayam
  • 100 gram udang
  • 50 gram sotong
  • 15 gram bawang besar hiris
  • 10 gram bawang putih hiris
  • 10 gram lengkuas
  • 1 biji buah tomato | belah empat
  • 10 ml sos ikan
  • 5 ml limau nipis
  • 10 biji cili padi | belah dua
  • 15 gram daun ketumbar | racik
  • 50 gram bunga kubis | potong
  • 50 gram lobak | potong
  • 5 biji cendawan butang dalam tin | hiris
  • Garam dan gula secukupnya

 CARA MEMASAK
1. Semua bahan pes tomyam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga menjadi pes tomyam.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tomyam. Biarkan mendidih.
7. Tuang kuah tomyam ke atas mihun yang siap dihidang.

 

MI HAILAM

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mi kuning | celur
  • 20 gram bawang putih | kisar
  • 30 gram bawang merah | kisar
  • 100 gram isi ayam
  • 100 gram udang
  • 50 ml kicap pekat
  • 5 gram lada hitam
  • 30 ml sos tomato
  • 30 ml sos tiram
  • 500 ml  air
  • 10 gram cili merah | hiris nipis
  • 40 gram bawang goreng
  • 1 biji telur
  • 50 gram bunga kubis | potong
  • 30 gram sawi | potong
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 CARA MEMASAK
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.

 

MI BAKSO


BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kuetiau
  • 150 gram udang
  • 50 gram bawang putih kisar
  • 50 gram cili boh
  • 30 ml kicap cair
  • 10 gram lada putih
  • 1 biji telur ayam
  • 30 gram tauge
  • 50 gram kucai
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.