Rendang Ayam Ekspress. 30 Minit Je Dah Boleh Hidang.

Share

Tetamu tiba-tiba telefon nak singgah beraya? Jangan gelabah sebab ada menu mudah yang anda boleh sajikan buat mereka. Rendang Ayam ni memang cepat masak. Nak hidangan dengan ketupat atau dengan nasi pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RENDANG AYAM EKSPRESS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong sederhana
  • 500ml santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai | dihiris
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:
1.    Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan serai serta bahan kisar hingga wangi.


2.    Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3.    Seterusnya masukkan pula ayam. Kacau rata.
4.    Bila ayam kecut, masukkan santan. Biarkan ia mendidih atas api sederhana.
5.    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.    Bila kuah pekat, masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
7.    Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
8.    Tutup api dan Rendang Ayam sedia dihidangkan.
IKLAN