Rendang Ayam Bertumis. Mudah, Cepat Dan Sedap

Share

Rendang ayam bertumis ini mudah, cepat dan yang penting, ia sedap.

Ramai yang beranggapan, masak rendang ni susah dan rumit. Sebenarnya ada banyak jenis rendang. Bahkan memang ada rendang yang dimasak selama berjam-jam lamanya.

Tapi kali ini, dikongsikan rendang bertumis yang mudah. Sesuai untuk mereka yang baru saja belajar nak masak rendang.

Walau pun bulan Syawal sudah pun berlalu, namun rendang ini boleh dimasak bila-bila masa je. Kalau terasa nak makan, masaklah. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh

ni ye. Selamat mencuba!

Rendang Ayam Bertumis

Bahan-bahan:

2 ekor ayam (setiap ekor dipotong 20)

3 senduk cili kisar – boleh beli online di sini

1 senduk kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini

2 sudu besar serbuk kari – boleh beli online di sini

Sekeping asam gelugur – boleh beli online di sini

3 keping gula melaka – boleh beli online di sini

Daun kunyit (hiris)

 4 sudu makan kerisik – boleh beli online di sini

200ml santan kotak

Sedikit serbuk perasa

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Tumis (Kisar Halus):

6 batang serai

4 labu bawang besar 

2 inci halia – boleh beli online di sini

4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Selepas cuci, ayam dikeringkan (airnya) dalam kuali sekejap (tanpa minyak). Angkat.

Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak. Masukkan bahan yang dikisar.

Kemudian masukkan cili kering kisar, serbuk kunyit, serbuk kari dan asam gelugur. Kacau sebati.

Masukkan gula Melaka, kerisik dan santan. Tumis hingga pecah minyak. Perasakan dengan bahan perisa.

Setelah itu, Bolehlah masukkan ayam. Kacau sebati.

Tambah garam secukup rasa dan taburkan daun kunyit.

Biarkan ayam mendidih bersama kuahnya sehingga masak dan pekat. Siap. Senang bukan?

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN