Rendang asam atau ikan masak asam perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini merupakan lauk kegemaran keluarganya. Hidangan ini katanya boleh menggunakan apa jua jenis ikan.
Sama ada ikan talang segar, ikan masin, ikan gelama malah ikan bilis pun boleh. Menu ini boleh dikatakan mesra keluarga. Dari orang tua sampai kanak-kanak boleh menikmatinya kerana tidak pedas.
Sesuai juga jadi lauk wanita dalam pantang kerana halia membuang angin. Cuma untuk wanita berpantang tidak diletak santan atau cili. Masakan ini ringan dan tidak mengganggu perut mahupun susu badan.
Cara buat rendang asam
Bahan-bahan
Ikan goreng
4 biji bawang besar – dihiris
7 ulas bawang putih – hiris kasar
2 biji cili hidup (merah) – potong serong
2 biji cili muda (hijau) – potong serong
Air asam jawa secukupnya
2 in halia – potong batang mancis
Ads
Cara memasak rendang asam
Tumis semua bahan sehingga bawang layu. Tambah air asam jawa/ pes asam jawa secukup rasa.
2. Tambah ikan yang sudah digoreng.
Ads
3. Perasakan dengan bahan perasa (garam dan asam jawa) secukupnya. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Ads
TIP
Rendam asam ini sedap dimakan dengan nasi panas. Jika mahu lebih pedas, hidang dengan sambal belacan. Lauk ini akan jadi lebih sedap jika dimasak lebih awal kerana rencahnya akan sebati dengan ikan. Boleh juga masukkan biji sawi dalam hidangan.
Selalunya kita dengar ikan Talapia sungguh sedap digoreng rangup atau dimasak sambal, tapi tau tak korang sebenarnya isi ikan ini sedap juga dibuat kerabu. Hasilnya sangat sedap, aroma campuran hirisan ulam-ulaman, cili padi, perahan jus limau nipis dan dilengkapi dengan rasa masam masinnya. Memang memancing selera makan sungguh. Apatah lagi kalau dihidangkan terus selepas dibuat, korang kena cuba sebab menu ni bukan hanya sedap tetapi ia juga sangat sihat, sesuai untuk korang yang berpantang atau berdiet.
KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | cuci bersih dan bakar
4 helai daun kaduk | mayang halus
1 kuntum bunga kantan segar | mayang halus
1 tangkai cili merah | mayang halus
5 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang merah | mayang halus
1 biji limau nipis | ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan Talapia dari tulangnya.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan ke dalamnya semua bahan hirisan.
Menjamu ahli keluarga tersayang dengan menu nusantara pasti memberikan kelainan. Makanan yang mempunyai sentuhan hidangan Thailand, Indonesia dan juga Malaysia ini pastinya enak dan membuka selera. Malah boleh juga dijadikan sebagai hidangkan sempena hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Maklumlah, lain dari kebiasaan. Tapi masak untuk makan tengahari biasa-biasa pun boleh. Sedap! Cubalah. Anda pasti suka.
1. SALAD DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
450gm daging batang pinang | panggang
Sedikit minyak masak
1 cawan daun bayam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
3 ulas bawang merah | hiris
6-8 biji tomato ceri | belah dua
BAHAN SOS:
1/4 cawan jus limau nipis
5 sudu makan sos ikan
4 biji cili padi | hiris
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
Untuk menyediakan sos, campurkan sos ikan, jus limau nipis, hirisan cili padi dan gula perang dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar ke dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Campurkan sos dan gaul salad hanya bila sedia dihidangkan.
2. TEMPE GORENG KEJU
BAHAN-BAHAN:
200gm tempe | hiris kecil
50gm daging kisar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang | hiris halus
50gm keju Cheddar | parut
100gm bawang besar | cincang
4 biji telur
2 sudu makan serbuk roti
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur ke dalamnya dan adun rata.
Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili.
INFO CHEF: Jika belum sedia digoreng, simpan masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
3. AYAM PANGGANG KARI THAI SOS KACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gula perang
2 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh halia yang telah dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih
Sedikit parut kulit limau nipis
1/2 sudu garam
BAHAN SOS:
200gm santan
3 sudu makan mentega kacang
2 sudu makan pes kari merah
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan jus limau nipis
Sedikit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
Bagi menyediakan sos, campurkan santan, mentega kacang, gula perang, kicap cair dan pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan ke tepikan.
Sementara itu, panaskan pemanggang. Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.
INFO CHEF: Lebih lama diperap, ayam lebih lembut dan sedap.
4. SALMON PIDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon, hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan Salmon tidak perlu dimasak terlalu lama kerana isinya akan menjadi keras.
5. AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili kisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugur
1 liter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugur.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan asam jawa mengantikan asam keping.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.