Rencah Kena Tumbuk. Ini Petua Masak Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Sedap

Share

Mee Kuah atau dalam dialet Kelantan Mee Kkuoh ni memang sangat sedap dan mebuka selera. Ada juga yang panggil Mee Rebus. Istimewa resipi ini ialah mee dimasak bersama kuali secara terus di dalam kuali. Memang best. Bagi anda yang tak pernah cuba, resipi perkongsian saudari Rossa Maryan ni antara yang terbaik. Jom cuba. Memang sangat sedap.

 

CARA MASAK MEE KUAH KELANTAN / MEE REBUS KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning
Isi ayam secukupnya – hiris
Sotong secukupnya – hiris
2-3 keping kek ikan – hiris
1 bungkus bebola ikan – hiris
1 sudu makan cili kisar / serbuk lada hitambeli online disini


Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK:
5 biji bawang merah beli online disini
6 ulas bawang putih beli online disini
4 biji cili padi
1-2 sudu makan udang kering

BAHAN SAYUR:
Sawi pak choi
Tomato
Bunga kubis

BAHAN PERASA:
2 sudu makan sos tiram beli online disini
2 sudu makan sos cili beli online disini
Sedikit kicap manis beli online disini
Garam dan perasa secukupnya
Sos ikan jika suka beli online disini
Kiub pati ayam beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan udang kering hingga lumat.

2. Kemudian potong kecil isi ayam, sotong, bebola ikan dan kek ikan. Boleh tambah isi udang untuk rasa lebih sedap.

3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan tumbuk sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar atau serbuk lada hitam.

4. Bila rencah sudah garing, masukan isi ayam terlebih dahulu. Kacau lagi hingga masak.

5. Bila isi ayam sudah masak, masukkan lauk-lauk lain seperti sotong, kek ikan dan bebola ikan.

6. Bila sudah masak, masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap manis. Kicap jangan banyak nanti kurang sedap.

7. Masukan air secukupnya bergantung banyak mana kuah yang disukai.

Kalau suka hirup kuah lebihkan air ya.

8. Masukan garam, bahan perasa dan sos ikan jika ada. Boleh juga masukkan kiub pati ayam jika suka.

9. Bila kuah sudah mendidih, masukan hirisan sayur-sayuran.

9. Bila sayur sudah separuh lembut, masukan mee. Pastikan mee dibasuh terlebih dahulu untuk elak pahit air kapur turun ke dalam kuah.

10. Kacau mee supaya sekata.

11. Bila kuah mendidih, masukan telur. Biar telur separuh masak supaya lebih enak.

 

12. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan Mee bersama bawang goreng dan hirisan limau.

Kredit resipi & foto: Rossa Maryan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN