Rempah Sup Homemade Di Jamin Sedap, Mudah & Tahan Lama

Share

Nak buat sup dengan cara mudah dan sedap? Inilah yang disukai oleh mereka yang sibuk bekerja namun nak menikmati hidangan sup yang enak. Buat rempah sup homemade rasa lebih ummph.Bukan hanya jimat malah tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.Bila-bila masa anda nak menikmati sup, rempah sup sudah tersedia.

REMPAH SUP HOMEMADE

Bahan-bahan

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 inci halia

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

1 sudu kecil kfc lada hitam

1 sudu kecil kfc bunga cengkih

2 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

 

Cara membuat

1.Masukkan semua bahan dalam penapis teh.

2.Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar.Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.

3.Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya masuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

4.Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.

Sup Cara saya:

1.Tumis bawang merah/bawang besar,halia dan bawang putih yang dihiris nipis.Kalau tumbuk dengan lesung lagi ummmph…tumis bawang sampai hampir kekuningan masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing.Jangan hangus sudah.Aroma yang tak terkata.

2.Boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yang nak dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup.Dua-dua pun best.

3.Kemudian masak la sup ikut cara masing-masing

Kredit: Mas Lieyana

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN