Directions

0/0 steps made
  1. Bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai dan kunyit dikisar menjadi pes yang halus. Ketepikan.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak.
  4. Masukkan daun salam, isi kupang dan santan.  Masak hingga santan agak kering. Sentiasa kacau rendang semasa masak supaya tidak berkerak.
  5. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.  Masak hingga agak kering.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.