Restoran hidangan stik DIY atau “masak sendiri” Pepper Lunch mengalu-alukan Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group sebagai francaisi induk di Malaysia. Setelah memasuki pasaran Malaysia pada 2019, usaha sama ini menjanjikan potensi yang amat menarik iaitu pembukaan lebih banyak lagi cawangan Pepper Lunch menjelang 2023.
Bermula di Jepun pada 1994, Pepper Lunch kini mempunyai hampir 500 cawangan di seluruh dunia. Pepper Lunch menjanjikan pengalaman kulinari yang dinamik dan unik untuk semua orang dengan menampilkan menu hidangan konsep bahari seperti Sizzling Premium Steak, Pasta, Cheese Curry Rice dan hidangan istimewanya, Pepper Rice.
Diasaskan oleh chef terlatih, Kunio Ichinose, visinya ialah untuk menyediakan stik segera yang enak, pada harga mampu milik untuk pelanggan yang ingin menikmati hidangan daging setiap hari. Semangat Ichinose yang kental dalam menyediakan hidangan stik yang enak dan sokongan padu para pelanggannya telah menjadi pendorong utama pengembangan pesat Pepper Lunch hingga melangkaui Asia dan ke seluruh dunia.
Pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan lagi operasi kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai francaisi induk di Indonesia akan memberikan manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul bagi membolehkan lebih ramai lagi pelanggan menikmati Pepper Rice yang digemari ramai.”
Ads
Setelah membuka restoran pertamanya di Ofuna, Kanagawa pada 1994, Pepper Lunch membolehkan para pelanggannya menjadi ketua chef mereka sendiri. Restoran itu menyediakan bahan-bahan yang terbaik dan segar untuk dimasak dengan menggunakan teppan (plat besi) panas yang telah dipatenkan, di mana para pelanggan boleh merasai pengalaman memasak hidangan mengikut cita rasa mereka sendiri.
Bagi mereka yang sukakan kelainan, pelanggan boleh bereksperimen dengan menggunakan sos istimewa yang disediakan bagi mencipta rasa mereka sendiri. Percayalah apabila kami katakan, ianya pasti menyelerakan!
Pengarah Presiden Boga Group, Kusnaidi menyatakan bahawa permintaan terhadap Pepper Lunch semakin meningkat, maka tidak hairanlah kenapa kumpulan itu telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia bagi menjadi francaisi induk di Malaysia.
Di Pepper Lunch, hidangan dimasak dengan menggunakan alat memasak elektromagnet. Plat besi yang digunakan boleh dipanaskan sehingga mencapai suhu 260C dalam hanya 70 saat dan kekal panas pada suhu kira-kira 80C selama lebih daripada 20 minit.
Daging yang digril pada julat suhu tersebut akan kekal lembut dan berjus. Plat besi itu akan memastikan makanan kekal panas untuk suatu tempoh yang lebih lama supaya pelanggan dapat menikmati sepenuhnya hidangan yang padat dengan rasa.
Pada masa ini, antara hidangan yang paling popular di Pepper Lunch ialah Sirloin Steak, Beef Pepper Rice, Chicken Pepper Rice, Beef Aglio Olio dan Cheesy Omelette Chicken/Beef.Dengan pengumuman francaisi induk di antara Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group ini, tiada perubahan akan dilakukan ke atas menu sedia ada. Walau bagaimanapun, beberapa item baharu akan diperkenalkan dari masa ke masa. SFBI (Asia-Pacific) Pte Ltd ketika ini adalah francaisor untuk Pepper Lunch di Asia.
Ayuh rasai pengalaman sebagai chef dengan hidangan menyelerakan di Pepper Lunch.
Kini bila melangkah masuk je ke rangkaian kedai myNEWS, selain untuk tujuan mendapatkan barangan keperluan harian, korang juga mempunyai pilihan membeli pelbagai jenis minuman dan makanan yang berkonsepkan Ready To Eat, inspirasi dari makanan Jepun.
.
Kedai serbaneka kini menjual pelbagai makanan dan minuman, satu lagi penyelesaian bila perut lapar tapi nak cepat mendapatkan makanan yang sedap dan sihat. Korang hanya masuk, buat pilihan sama ada sandwich atau onigiri dan terus makan dengan harga berpatutan. Banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih.Tak sempat,jangan risau, myNEWS ada buat delivery. Sangat mudah.
.
Memahami keperluan gaya hidup yang sibuk di kalangan rakyat Malaysia, myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.
.
Sejak penubuhannya pada Disember 1996, kini myNEWS telah berjaya berkembang dan mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki barisan produk sedia guna yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS sekarang.
Sempena Ramadan Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur memperkenalkan bufet Ramadan bertemakan “#throwback Ramadhan” yang membawa anda mengimbau detik berbuka puasa bersama keluarga dengan pelbagai hidangan tradisional.
Bufet bermula hari ini 8hb Mei higga 3hb Jun 2019 bermula 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Harga bufet adalah RM79 bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Selain itu Hotel Sri Petaling turut menawarkan harga istimewa iaitu RM50 untuk minggu pertama Ramadan daripada 8hb Mei hingga 12hb Mei.
Hidangan Arab
Berkonsepkan “The Hawker Stall” , pelanggan dapat menikmati 80 jenis juadah berbuka puasa yang sangat istimewa dengan pelbagai pilihan masakan seperti Masakan Melayu Tradisional, Timur Tengah, Asean dan sebagainya.
Antara juadah istimewa berbuka puasa yang terdapat di bufet Ramadan di sini adalah Ayam Percik Kelantan, Ketam Goreng Berempah, Ayam Opor Pahang, Sup Gear Box, Asam Pedas Daging Tetel, Ikan Patin Tempoyak Pahang, Siput Sedut Masak Lemak, Kambing Panggang, Daging Kulai Kawah dan pelbagai masakan istimewa yang lain. Pasti merangsang selera anda dengan hidangan yang lazat dan berkualiti ini
Lauk Pauk Utama Tradisional
Dengan kapasiti yang mampu memuatkan 200 orang hotel ini, dijangkakan kira-kira empat ribu pengunjung yang akan berkunjung dan berbuka puasa bersama.
Bertepatan dengan Ramadan Hotel Sri Petaling juga akan mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan pihak berkuasa tempatan PDRM dan Masjid Asy Syakirin KLCC dengan mengedarkan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat di kawasan sekitar Sri Petaling dan menjemput anak-anak yatim yang kurang bernasib baik berbuka puasa di hotel
Jika anda berminat untuk berbuka di sini dan mahukan maklumat lanjut mengenai #throwback Ramadhan boleh melayari FB Hotel Seri Petaling dan Instagram hotelsripetalingkl
Bila tengok snek Miaow Miaow ni, terus teringat memori masa zaman kanak-kanak dulu. Memang inilah snek yang wajib beli lepas balik dari sekolah atau bila pergi ke kedai. Tipulah kalau anda tak pernah makan snek ni dulu kan?
Jadi sempena musim cuti ini, Miaow Miaow mengajak anda semua untuk meraikan detik-detik Miaowting bersama Miaow Miaow. Ia merupakan snek nostalgia pada satu ketika dahulu sekali gus membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak.
Ia merupakan antara snek yang akan kita nikmati semasa menonton televisyen bersama keluarga. Kerangupan pertama snek ini di samping bauan yang memikat pastinya tidak pernah anda lupakan. Hmm memang sedap kan? Tahu-tahu dah habis sebungkus.
Menurut pengasanya, adik-beradik Encik Chink Poh Cheng dan Encik Chuang Poh Lim, Miaow Miaow merupakan jenama keluarga yang diutamakan. Mereka percaya bahawa snek klasik Miaow Miaow boleh membantu keluarga dan rakan-rakan berhubung semula melalui kenangan bersama untuk menikmati hidangan yang enak. Tentunya ia mengeratkan lagi hubungan.
Antara snek Miaow Miaow yang digemari ialah Keropok Udang Miaow Miaow, Snek Kekacang Hijau, Keropok Perisa Sotong, Keropok Kentang, Gegelang Perisa Keju, Keropok Perisa Ayam dan Snek Berperisa Pedas dan Berempah.
Jom imbau ke masa bersama snek ikonik zaman kanak-kanak di Malaysia. Dapatkan di kedai-kedai berhampiran anda.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran 'semi fine dining' yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan...