Pelbagai nostalgia Ramadan boleh diimbau bila tibanya bulan puasa. Begitu jugalah dengan selebriti dan usahawan terkenal Malaysia, Dato’ AC Mizal. Menurut beliau, antara juadah yang mengimbau memori dan nostalgia Ramadan adalah hidangan GulaiLemak Cili Api Daging Salai. Menu ini adalah resipi arwah nenek Dato’ AC Mizal sendiri dan menjadi kegemaran beliau sehingga kini.
Menurut beliau, keistimewaan serta rahsia keenakan menu warisan ini ialah terletak pada kuah lemak cili apinya yang pekat dan berperisa. Lain dari yang lain.Ditambah pula dengan haruman bau salai menjadikan menu ini begitu enak sekali. Selain itu, bila tiba bulan puasa, Dato’ AC juga amat menggemari hidangan karipap. Pendek kata, ia merupakan juadah wajib ada dikala berbuka. Tidak lengkap berbuka tanpa menu Karipap ni.
Terasa nak cuba menu-menuistimewa yang dikongsi oleh Dato’ AC Mizal dan Dato’ Chef Wan dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadanni? Berikut adalah resipi-resipinya. Anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba.
1. GULAI LEMAK CILI API DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging salai
8 biji belimbing buluh
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan cair
2 mangkuk santan pekat segar
2 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
IKLAN
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung | boleh lebihkan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan kisar dan santan cair ke dalam periuk. Didihkan sebentar sambil dikacau.
2. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugur dan santan pekat. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
3. Setelah mendidih, masukkan pula belimbing buluh dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.
4. Akhir sekali, masukkan daging salai dan garam secukup rasa. Masak hingga daging empuk.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
2. KARIPAP KAMBING
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
6 keping puff pastry segera
2 biji telur | pukul ringan
BAHAN INTI:
200gm daging kambing kisar
1 cawan ubi kentang | dipotong dadu kecil
1 cawan lobak merah | dipotong dadu kecil
1 cawan kacang pis
3-4 sudu makan serbuk kari daging
1 biji bawang Holland | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2 biji bawang merah | hiris
1 inci halia | hiris
2 pokok daun sup | hiris
2 batang saderi | hiris
1 cawan air
Sedikit minyak
1-2 sudu makan garam masala
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang Holland, bawang merah dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari daging dan perlahankan api. Kacau sebati.
3. Masukkan daging kambing kisar. Masak hingga garing.
IKLAN
4. Masukkan daun sup, saderi, kentang, lobak merah dan kacang pis. Gaul dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Kemudian masukkan air, gula dan garam masala. Masak inti selama 20 minit atau hingga hampir kering.
6. Ambil sekeping puff pastri dan isikan inti tadi dengan secukupnya.
7. Lipat puff pastri dan cantumkan dengan kemas. Boleh hujung garpu untuk menekan sekeliling tepi puff pastri tadi.
8. Sapukan telur di permukaan pastri dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 180’C selama 20 minit atau hingga masak.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Rasa Nostalgia Ramadan ditaja oleh Saji – Delima Oils Sdn Bhd. Rancangan ini menemui penonton bermula 6 Mei (hari ini), setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Sedar tak sedar, Rasa Ketuhar Kuali sudah di episod ke 3, pelbagai resipi dah di masak dan kesemuanya sangat mudah dan sedap. Untuk episod ke 3 ni, Adam Didam dan Aunty Aini akan kongsikan 3 resipi istimewa seperti Gambas Bersama Roti, Stew Daging & pencuci mulut Puding Epal Pir. Menarik kan? Ingat pesanan Aunty Aini “jangan lupa cuba tau!”
Melihatkan gaya Siti Elizad ke dapur bersama Chef Wan yang tidak kekok membuktikan Elizad memang pandai memasak. Malah beliau beruntung kerana Chef No.1 Malaysia itu sudi menjemputnya berkongsi dapur menyediakan dua menu kegemaran dan wajib ada setiap kali Ramadan.
Sambil memasak dan bercerita akan nostalgia Ramadan dengan Chef Wan, Elizad teringatkan istimewanya air tangan arwah ibu. Katanya setiap kali puasa, arwah ibu rajin ke dapur dan pakar dalam menyediakan Masak Lemak Cili Padi dan rendang.
“Air tangan mak memang super sedap, tiada tandingan. Istimewanya masakan mak, apa sahaja lauk pauk yang dimasak mesti di dalamnya dirampaikan dengan sayur atau ulam-ulaman. Terutamanya dalam Gulai Lemak Cili Padi atau rendangnya, sebab tu di keliling rumah mak penuh dengan pokok ulam-ulaman, paling tidak pucuk ubi,” ujar Elizad bila bulan puasa suka masak Rendang Campur (campuran pelbagai organ dalaman) Rendang Ayam Tua Campur Pucuk Ubi, Masak Lemak Cili Padi dan Kuah Kacang Campur Paru yang dimakan dengan Nasi Impit.
Selain lauk pauk, Elizad juga suka manisan seperti Serawa Durian Dengan Sagu, Tepung Pelita dan Murtabak Daging. Sebab itulah dia begitu teruja dan seronok bila dijemput untuk bergandingan dengan Chef Wan dalam Program Rasa Nostalgia Ramadan. Untuk episod ini Chef Wan menyediakan dia menu kegemarannya iaitu Gulai Lemak Cili Padi Daging Bersama Pucuk Ubi Kayu dan Serawa Durian Bersama Sagu. Korang yang ingin mencuba resipi masakan yang disediakan oleh Chef Wan dengan Siti Elizad, RASA kongsikan di sini.
GULAI LEMAK DAGING CILI PADI & PUCUK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris nipis
1 ikat pucuk ubi| ambil daun muda sahaja
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit |siat-siatkan
500ml santan pekat
500ml santan cair
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARAMEMASAK:
Masukkan santan cair dalam periuk bersama daging dan serai. Renehkan atas dapur.
Setelah mereneh, masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan seketika kemudian masukkan pucuk ubi kayu.
Kecilkan api dan terus kacau, bila pucuk ubi layu, masukkan belimbing buluh dan daun kunyit.
Perasakan dengan garam, secukup rasa dan biarkan mereneh lebih kurang 3-4 minit.
Tutup api, gulai sedia dihidangkan.
SERAWA DURIAN RSAMA SAGU HALUS
BAHAN-BAHAN:
10 ulas durian segar
2 helai daun pandan
50gm sagu mata ikan
1 keping gula Melaka
Sedikit gula pasir | jika suka
500ml santan pekat
100ml susu cair | jika suka
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Cuci sagu mata ikan di bawah air mengalir, kemudian toskan.
Sementara itu masukkan santan, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk.
Didihkan hingga gula Melaka cair, masukkan durian, gaul rata .
4 Terus renehkan dan masukkan sagu dan sentiasa kacau perlahan di atas api sederhana.
Jika kurang manis boleh tambahkan sedikit gula pasir dan secubit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BERSAMA CHEF WAN DAN ARTIS UNDANGANNYA YANG LAIN.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Ummi Aida, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Antara episod Anak Emak Anak Bapak yang dinantikan adalah episod yang menampilkan pelakon drama popular Jasmin Hamid bersama anak bujangnya, Ian Haziq Macquistan. Manakan tidak, Haziq pernah diperkatakan sebagai jejaka hot apabila Jasmin berkongsi gambar berdua dengan anak bujangnya itu di instagram.
Bertubuh sasa dengan wajah tampan, apabila perlu memasak pula di dapur, maka ramailah yang suka tengok. Kali ini dalam episod RASA Anak Emak Anak Bapak, Jasmin ‘mendera’Haziq dengan memintanya masak hidangan siput sedut masak lemak. Menariknya dalam resipi ini, Jasmin tidak menggunakan bawang dan minyak masak.
Menurut Jasmin, tanpa menggunakan bawang dan minyak hidangan itu lebih sihat. Tak perlu tumis pun. Yang penting adalah santan itu perlu dimasak dengan betul supaya tak sakit perut. Selain itu, siput sedut itu pula perlu dipotong dengan betul supaya boleh disedut dengan mudah.
Jasmin turut menasihatkan Haziq supaya memasak dengan penuh kasih sayang.
“Masa masak tu kenalah berselawat supaya hidangan tu bawa berkat pada yang masak dan yang makan. Kasih sayang pun bertambah. Sebab itulah air tangan mak-mak ni jadi pengerat kasih sayang dengan anak-anak,”ujarnya.
Tetamu undangan pada episod ini ialah kawan baik Jasmin sendiri iaitu Liza Abdullah. Memang terhibur dengan celoteh dua sahabat ini. Apatah lagi bila Liza konon-konon terpikat dengan anak bujang Jasmin.
OK, RASA kongsikan resipi hidangan siput sedut masak lemak gaya Jasmin Hamid yang dimasakkan sendiri oleh Haziq. Selamat mencuba korang!
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK GAYA JASMIN HAMID
BAHAN-BAHAN
2 inci kunyit
10 tangkai cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan
Air secukupnya
1 mangkuk siput sedut | dipotong hujungnya
1 keping asam keping
2 tangkai serai
2 helai daun kunyit | dihiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar kunyit dan cili padi.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama serbuk kunyit.
3. Masukkan santan. Biarkan santan mendidih seketika.
4. Masukkan siput sedut. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
6. Masukkan garan dan gula. Biarkan didih seketika.
7. Matikan api dan sedia dihidang.