Tampil berbeza daripada program masakan lain, Astro mengajak penonton menyaksikan selebriti terkenal memasak di samping mengimbau memori masakan kegemaran masing-masing. Hal ini pastinya menyeronokkan kerana selain memasak, selebriti jemputan program masakan itu akan bercerita mengenai kenangan masakan yang dimasak.

Program yang diberi nama Rasa Nostalgia Ramadan, bersiaran sepanjang bulan puasa bermula hari ini. Menampilkan selebriti chef terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan. Beliau bakal bersama seorang selebriti yang menjadi tetamu jemputan pada setiap episod selama tempoh 22 episod bersiaran.

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

Hisyam Hamid dengan keletahnya.

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

IKLAN

Nak tahu nostalgia masakan Bell Ngasri?

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

Tak sabar nak tengok Chef Wan memasak bersama anak sendiri.

Penerbit rancangan ini, Mohd Fareed Sharif (Boy Fareed Sharif) mengatakan penonton pasti terhibur dengan telatah lucu dan spontan para selebriti yang dijemput ketika memasak bersama Chef Wan.

IKLAN

Antara keistimewaan Rasa Nostalgia Ramadan adalah kemunculan Chef Wan sebagai peneraju utama setiap episod yang akan memasak bersama setiap selebriti jemputan. Selain itu, Chef Wan turut mengolah sendiri resipi yang menjadi nostalgia pada selebriti tersebut. Malah Chef Wan turut berkongsi tip masakan yang diamalkan sejak turun temurun.

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

 

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

IKLAN

 

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

 

Rasa Nostalgia Ramadan Ajak Selebriti Imbau Memori Masakan Kegemaran

Rasa Nostalgia Ramadan ditaja oleh Saji – Delima Oils Sdn Bhd. Selebriti memasak menggunakan minyak masak Saji yang sudah semestinya lebih menyihatkan. Di samping itu, mereka turut menggunakan garam dari Saji. Kedua-dua bahan yang digunakan itu adalah antara bahan utama dalam setiap masakan yang dimasak.

Rancangan ini menemui penonton bermula 6 Mei (hari ini), setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

Jangan lupa menonton Rasa Nostalgia Ramadan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI