Bila sebut sahaja kari, pasti ramai yang terbayang aroma harum rempah ratus, kuah pekat berempah dan rasa yang membangkitkan selera. Kari bukan sekadar hidangan, ia adalah warisan budaya yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau usia.
Tahun ini, sempena Festival Budaya Malaysia 2025 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan RASA tampil menganjurkan sebuah acara yang cukup luar biasa iaitu RASA Layan Curry Fiesta 2025, sebuah pesta penuh warna-warni yang bakal mencatat sejarah sebagai himpunan kari paling meriah di negara ini.
Bertempat di Laman Cita Rasa Warisan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (Laman 5), fiesta ini berlangsung selama lima hari bermula 12 hingga 16 September 2025, dari jam 9 pagi hingga 11 malam.
Sepanjang tempoh ini, pengunjung bakal dihidangkan dengan pelbagai pengalaman kulinari yang bukan sahaja memikat selera, tetapi juga menyatukan jiwa rakyat Malaysia di bawah panji 1001 rasa.
Lebih istimewa, YAB Perdana Menteri Malaysia (PMX) akan hadir bagi merasmikan Festival Budaya Malaysia ini pada 13 September 2025, jam 8.30 malam. Kehadiran beliau sebagai simbol sokongan kepada warisan kulinari negara pasti menambah seri dan memberi makna besar kepada acara berskala nasional ini.
Kemuncak acara yang paling dinantikan ialah Kenduri Kari Malaysia 68 yang ditaja oleh TUMIX® pada 13 September 2025. Bayangkan suasana kenduri paling besar yang bakal menyajikan lebih 2,000 pax kari percuma untuk orang ramai. Lebih menarik lagi, sebahagian daripada sajian kari merupakan kari warisan kebangsaan yang telah digazetkan pihak Jabatan Warisan Negara. Sejumlah lebih 12 jenis makanan berasaskan kari dihidangkan percuma nanti. Sesi demo memasak Kari Daging Umbut Pisang turut diadakan pada jam 12 tengah hari.
Ads
Sajian ini disediakan oleh gabungan hotel dan katerer ternama seperti Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia, Hotel TAMU KL, Shah Alam Convention Centre (SACC), Zai Sri Gemilang Catering Shah Alam dan beberapa penyedia makanan lain.
Aroma kari yang pekat berempah, dimasak dengan penuh kasih sayang oleh chef berpengalaman, pasti membuatkan setiap suapan membawa rasa syukur dan kebersamaan.
Fiesta ini turut diteruskan dengan Kenduri Makan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang pada 14 September 2025. Sebanyak 2000 keping roti jala dan roti jala jelita elemen Jalur Gemilang akan diagihkan secara percuma, bukan sahaja untuk dimakan tetapi juga untuk dinikmati keindahan seni kreatif rakyat Malaysia yang menjala dengan penuh warna-warni sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Lebih menarik, rakyat turut berpeluang menunjukkan bakat dalam Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala pada hari yang sama. Pertandingan ini menuntut kreativiti dalam menghasilkan roti jala jelita paling unik dengan corak patriotik, dan pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM800.
Ads
Bagi pencinta roti canai pula, jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan tangan-tangan cekap dalam Pertandingan Roti Canai Melayang tajaan Seri Pelangi pada 15 September 2025. Acara ini dijangka menjadi antara yang paling riuh dengan aksi roti canai berterbangan ke udara, termasuk penampilan khas Amir Hamzah, Super Roti Man Malaysia dan adik Amsyar, juara roti canai tertinggi kategori kanak-kanak.
Fiesta ini mencapai kemuncaknya pada 16 September 2025 dengan Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI. Inilah masanya untuk menyaksikan aksi paling kreatif dan paling meriah dalam dunia teh tarik. Gaya tuangan, ketinggian tarikan dan buih paling gebu akan menentukan siapa yang bakal dinobatkan Raja dan Ratu Teh Tarik tahun ini, dengan hadiah wang tunai menanti pemenang.
Ads
Selain dapat menyertai semua aktiviti yang dianjurkan, pengunjung juga berpeluang menikmati makanan jualan para pengusaha makanan berasaskan kari.
Keseluruhan fiesta ini bukan sekadar pesta makanan. Ia adalah cerminan kepada budaya dan identiti Malaysia. Lebih daripada seribu jenis sajian kari warisan dan fusion bakal diketengahkan, menjadikan acara ini platform terbaik untuk mengangkat martabat kari sebagai warisan kebangsaan yang menyatukan hati rakyat.
RASA Layan Curry Fiesta 2025 adalah bukti bahawa makanan mampu menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat berbilang bangsa. Dari semangkuk kari ke secawan teh tarik, setiap suapan membawa erti kebersamaan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Tandakan tarikh anda, ajak keluarga dan rakan-rakan, dan mari kita bersama-sama meriahkan pesta kari terbesar Malaysia!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan yang tiba disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Bulan penuh rahmat yang datang setahun sekali ini semestinya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Pada masa ini, kaum ibu tentunya antara yang paling sibuk dalam menyediakan pelbagai masakan kegemaran keluarga untuk bersahur dan berbuka.
Daging Bakar, Ayam Butter, Kek Mentega, Murtabak Keju, Pizza yang dilimpahi keju Mozarella, Susu Bandung, Puding Lemak Berkrim dan banyak lagi menu adalah antara juadah penambat selera dikala berbuka. Sedap dan mudah dimasak. Malah gabungan resipi baru dan lama ini juga menjadikan tradisi bertukar juadah antara jiran tetangga jadi lebih mengujakan. Mana tidaknya, menu yang dikongsi lain daripada kebiasaan.
Ramai juga yang sudah mula membuat biskut raya. Bila menjengah ke dapur, semerbak aroma wangi biskut dibakar. Bau harum dan lemak mentega membuatkan anak-anak tidak sabar untuk mencuba. Sesekali, terkenang keenakan Semperit Keju air tangan ibu di kampung. Rindunya. Diam tak diam, kemeriahan dan keterujaan bulan Ramadan dan menyambut Raya kian hangat terasa. Memang seronok dapat memasak pelbagai menu. Lebih menggembirakan bila melihat insan tersayang makan dengan penuh berselera.
Nak tahu macam mana hasilkan masakan yang sedap? Ini rahsianya.
Mentega Tulen Lebih Enak
Masak menggunakan mentega tulen atau ‘pure butter’ menjadikan masakan anda jadi lebih enak daripada biasa. Ini kerana mentega tulen diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi seterusnya menghasilkan makanan yang sangat menyelerakan. Jenama mentega tulen terbaik tentunya Anchor Butter. Diperbuat daripada 100% susu dari lembu yang diberi makan rumput segar di New Zealand, oleh itu menteganya berwarna kuning keemasan secara semula jadi. Ia merupakan mentega yang penuh dengan rasa, paling halus dan berkrim.
Anchor Butter memberikan rasa yang lebih sedap kepada masakan kerana kandungan lemak susu semula jadinya yang tinggi. Dari masakan tradisional seperti nasi tumis bersama lauk pauk hinggalah ke hidangan barat seperti ayam panggang dan pasta. Menu gabungan tradisional dan barat juga menjadi semakin enak bila menggunakan Anchor Butter.
Dalam pembuatan kek, kelembutan dan keenakan produk yang menggunakan mentega tulen memang tak perlu disangkal lagi. Ia membangkitkan aroma yang lebih harum selain menjadikan kek lebih gebu, rasa lemak dan lazat. Bahkan
Didatangkan dalam dua pilihan iaitu salted and unsalted butter, kedua-duanya boleh digunakan dalam masakan dan juga pembuatan kek serta biskut. Pilih sahaja mana satu mentega yang sesuai dengan masakan kegemaran anda. Jika menggunakan salted butter, pastikan anda mengawal penggunaan garam agar masakan sempurna rasanya.
Mentega Pengganti Minyak
Mentega boleh dicairkan dan dijadikan pengganti kepada minyak masak. Masakan bertumis, dan bakar jadi lebih enak dan beraroma bila menggunakan mentega. Di bulan Ramadan ini, menu Ayam Panggang, Murtabak, Sate, Roti John dan sebagainya boleh anda hasilkan dengan mudah. Malah kalau tiada selera di waktu sahur, sapu sahaja Anchor Butter pada roti bakar. Sangat sedap. Anchor Butter juga sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis nasi seperti Nasi Ayam, Nasi Beriani, Nasi Mentega, Nasi Minyak dan Nasi Kebuli yang sesuai dihidangkan pada hari raya nanti. Hasilnya nasi yang dimasak jadi lebih gebu, enak dan wangi.
Makanan Lebih Menarik Dengan Keju
Hari ini keju bagaikan sudah menjadi bahan wajib dalam pelbagai masakan di Malaysia, malah penggunaannya telah banyak diadaptasi ke dalam masakan tempatan seperti lempeng, murtabak, pelbagai menu ayam, kuih muih pedas, manis dan banyak lagi. Peminatnya bukan dalam kalangan orang muda sahaja, malah menjadi kegemaran di pelbagai peringkat usia. Antara keju popular yang selalu digunakan ialah Mozarella, Parmesan dan juga Cheddar.
Bagi penggemar keju mozzarella, Perfect Italiano Mozzarella Cheese adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan masakan yang enak dan menyelerakan bila dimakan.
Di musim Ramadan ini, sangat enak kalau dapat berbuka dengan Murtabak Cheese https://bit.ly/3gtgcszInti yang enak ditambah pula dengan limpahan keju Perfect Italiano Mozzarella menjadi ia sebagai menu yang ditunggu-tunggu untuk dijamah. Tentunya pengalaman menikmati makanan tempatan yang ditambah sedikit sentuhan moden ini memberikan rasa lebih menyeronokkan.
Jika mahu menikmati piza ‘homemade’ dengan rasa keju yang hebat penuh aroma (all rounded/full flavour), keju Perfect Italiano Perfect Pizza sangat disyorkan. Ia mengandungi campuran keju Cheddar, Mozarella and Parmesan yang menjadikan piza ‘homemade’ anda seakan dari restoran terkenal! Sangat memuaskan dan tentunya enak hingga ke suapan terakhir.
Keju jenis ini juga sangat sesuai dijadikan penambah rasa masakan yang rasanya lebih tawar. Taburlah keju ini di atas nasi goreng atau jadikan ‘topping’ untuk aneka sayuran panggang. Rasa tentunya lebih enak malah kelihatan lebih mewah.
Ada bermacam lagi menu yang sedap dan mudah yang boleh dihasilkan di sepanjang bulan Ramadan ini. Istimewa buat anda, dikongsikan empat resipi istimewa yang sesuai dicuba ketika sahur, berbuka puasa dan juga hari raya. Selamat mencuba!
LEMPENG CHEESE SAYURAN DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan air
3 sudu makan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM
100gram keju PERFECT ITALIANO MOZARELLA– parut
100gram mentega tanpa garam ANCHOR
1 biji telur
6-8 ekor udang sederhana – cincang kasar
2 tangkai daun bawang – cincang halus
4 biji cendawan butang – cincang halus
1 biji lobak merah – parut halus
1 biji cili merah – cincang halus
1 labu bawang besar – cincang halus
1 sudu teh garam
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh chilli flakes
CARA MEMASAK:
Satukan Susu Tepung FERNLEAF FULL CREAM bersama air lalu bancuh hingga sebati.
Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, bancuhan susu dan telur. Kacau semua bahan hingga sebati dan agak likat.
Masukkan semua bahan lain kecuali keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA dan gaul sebati.
Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
Cairkan satu sudu makan mentega tanpa garam ANCHOR dalam kuali leper (non stick).
Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali. Tabur parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA dan masak untuk beberapa minit.
Masak lempeng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian. Ulangi proses hingga kesemua bancuhan lempeng habis. Hidangkan panas.
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama serbuk kari, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
Masukkan cincangan bawang, ayam, daun bawang diikuti dengan parutan keju PERFECT ITALIANO MOZZARELLA. Kacau sebati.
Ambil sekeping kulit popiah, letak sesudu inti telur tadi lalu lipat empat segi dan letak sedikit kuning telur di penghujung kulit popiah (supaya inti tak terkeluar) lalu rapikan lipatan.
Cairkan mentega ANCHOR di dalam kuali. Goreng 2-3 biji murtabak mini hingga keperang-perangan. Ulangi proses hingga semua murtabak habis digoreng.
Hidangkan panas. Jika suka boleh dimakan dengan sos atau hirisan cili padi.
Jangan lupa sertai Peraduan Masak, Kongsi & Menang #LebihEnakLebihCeria Bersama Anchor setiap minggu dan menang hadiah wang tunai! Berjumlah RM300 untuk 3 pemenang setiap minggu bermula 14 April sehingga 12 Mei 2021. Wah, meriahnya boleh dapat duit raya! Untuk sertai pastikan anda menonton video-video resipi untuk sahur, berbuka dan raya yang RASA kongsi setiap minggu di FB dan Instagram Majalah Rasa. Siapa tahu anda mungkin salah seorang pemenangnya. Klik di sini untuk cara menyertai https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10159303207333739
Bukan itu sahaja, nak menang lagi hadiah. Ada lagi peraduan menarik untuk anda sertai daripada Anchor. Peraduan Riang Raya & Menang Bersama Anchor. Anda hanya perlu beli produk Anchor di Pasaraya atau ditalian ini https://rb.gy/1fucc9 dan berpeluang memenangi hadiah Thermomix dan Le Creuset! Lanjut di https://www.facebook.com/434634456743577/posts/1649131521960525/
Wah meriahnya Ramadan dan Raya kali ini. Jom sertai peraduan hebat bersama Rasa dan Anchor. Setahun hanya sekali. Masa untuk meraikan keriangan dan menang berganda ini.
Nona Superwoman Award 2022 telah mengiktiraf Mokti’s Ice Cream sebagai Nona Best Halal Ice Cream Award dan Gula Cakery sebagai Nona Best Homegrown F&B Award. NIMS Chocotub juga telah diiktiraf sebagai Nona Best Crispy Chocotub Brand Award.
Penganjuran Nona Superwoman Award 2022 yang penuh meriah ini telah mengangkat martabat 50 individu dari pelbagai bidang menerusi 48 kategori anugerah.
Majlis yang bertemakan ‘The Oscar Glam’ ini telah diadakan pada 11 Januari 2023 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra.
Nona Superwoman Award 2022 telah dibawakan oleh penaja utama, Usanita Sdn Bhd dan penaja bersama, IDW Design & Build.
Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak, beliau bersyukur kerana usaha Nona untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi telah berjaya memberi impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi Malaysia.
Tambahnya lagi, setiap individu yang diraikan merupakan antara yang terjejas dengan impak pandemik namun masih mampu berkembang maju dan bertahan dengan semangat yang kuat.
Antara penerima anugerah lain ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerima anugerah Nona VIP Award, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Celebrity Business Award dan Sharifah Nur Fakhirah Syed Muhsin menerima anugerah Nona Best Supplement Product Award.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah di Nona Superwoman Award 2022!
Gamat seketika di dalam bilik persediaan apabila sos kari tertumpah ke dalam hidangan yang telah siap disusun kemas. Semuanya terjadi akibat rasa gemuruh dan tangan yang ‘shaking’. Namun, segalanya berbaloi apabila nama Aliff Oslan diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Hilang segala rasa gemuruh dan tidak sangka namanya terpilih ke peringkat separuh akhir.
“Saya memang tak berharap untuk ke peringkat seterusnya kerana ada ramai peserta membawa menu yang lebih menarik. Sejujurnya saya terkejut apabila terpilih ke peringkat yang seterusnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur,” ujar Aliff Oslan.
Pabila ditanya mengapa berminat untuk sertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, Aliff akui beliau gemar menghasilkan menu-menu baru yang inovatif sekaligus dapat menambah ilmu dan belajar sesuatu yang baharu.
“Saya memang suka R&D, mengolah menu serta menggabungkan teknik masakan dan menu dari seluruh negara. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengetengahkan menu gabungan masakan Malaysia dan Perancis iaitu Savoury Murtabak Choux Ala BABA’S.
Saya mulakan dengan memilih menu yang sering kita makan dan murtabak adalah pilihan saya. Pada masa yang sama, saya suka buat dessert. Jadi, saya gabungkan choux pastry dengan murtabak dan terhasillah menu ini. Saya cuba untuk kekalkan elemen asli murtabak walaupun hidangan diolah ala Perancis. Alhamdulillah, barisan juri memberi komen yang positif, tambah Aliff lagi.
Adat dalam setiap pertandingan, pastinya setiap peserta mempunyai harapan masing-masing. Begitu juga dengan jejaka berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah IPT. Tipu lah jika tidak berharap untuk berjaya di semi final dan layak ke peringkat akhir.
Saya berharap agar dapat mara ke peringkat akhir kerana mahu buat ibu dan ayah saya bangga. Semuanya bergantung pada rezeki. Semestinya sesiapa yang sertai pertandingan mahu berjaya. Begitu juga dengan saya. Wang kemenangan itu saya akan gunakan untuk menunaikan umrah.
Bukan itu sahaja, wang itu juga saya akan gunakan untuk mewujudkan sebuah ‘pit stop’ untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan pembelajaran sewaktu berada di kolej. Itulah harapan saya.”
SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S
BAHAN-BAHAN (CHOUX PASTRY):
250g air
100gm mentega
Garam
125gm tepung gandum
3 – 4 biji telur gred B
3 tangkai daun kari
Paste Kari BABA’S
CARA MEMASAK:
Panaskan air, mentega dan sedikit garam. Masak sehingga bahan-bahan cair.
Masukkan semua tepung gandum, paste kari dan serbuk daun kari lalu kacau adunan 2-3 minit sehingga sebati menjadi doh.
Masukkan doh ke dalam mesin pengadun bila sedikit sejuk dan pukul adunan sambil masukkan sebiji demi sebiji telur sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
Bila adunan kelihatan pekat dan licin serta tidak terlalu keras, masukkan adunan ke dalam piping bag lalu pipekan di atas loyang yang telah disapu marjerin.
Bakar pada suhu 160C dalam anggaran masa 40 minit sehingga pastry menjadi keperangan dan kembang.
BAHAN-BAHAN (INTI 1):
Daging lembu atau ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
Serbuk KARI BABA’S
Serbuk Kurma BABA’S
Gula
Garam
Air
Serbuk kunyit
Telur ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam.
Masukkan telur dan kacau sebati.
BAHAN-BAHAN (INTI 2):
Kentang rebus
Santan
Garam
Susu
Lada putih
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan susu dan santan sehingga mendidih. Ketepikan.
Lenyek kentang bersama bancuhan susu dan santan.
Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Perasakan dengan lada sulah dan garam.
BAHAN-BAHAN (SOS KARI):
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
Daun kari
Rempah Kari Daging BABA’S
Rempah Kari Ikan BABA’S
Serbuk Cili BABA’S
Air
Jus asam jawa
Santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama bawang dan daun kari.
Masukkan bancuhan serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih.
BAHAN-BAHAN (JERUK TIMUN DAN BAWANG):
Bawang merah
Timun
Cuka
Gula
Garam
Air
Pewarna merah
CARA MEMASAK:
Hiris bawang dan timun.
Panaskan air, cuka dan campurkan bersama bahan perasa.
Satukan bancuhan dengan bawang dan timun.
Perap seketika sebelum dihidangkan.
CARA PENYEDIAAN SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S:
Gaul inti murtabak bersama bancuhan kentang.
Masukkan inti ke dalam choux pastry.
Siap untuk dihidangkan bersama sos kari dan jeruk bawang dan timun.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.