Setiap minggu dalam Rasa Ketuhar Kuali, Aunty Aini dan Adam Didam tidak pernah jemu berkongsi koleksi resipi terbaik untuk para penonton setia. Sedap, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas menjadikan resipi-resipi yang dikongsi sangat menarik untuk dicuba.
Untuk episod ke 7 ini, terdapat tiga lagi menu istimewa yang boleh dihasilkan untuk keluarga. Malah penggunaan gula CSR menjadikan hidangan yang disedikan menjadi lebih lazat. Memang kena cuba.
<<Klik disiniuntuk resipi penuh Rasa: Ketuhar Kuali Episod 6>>
1. BEBOLA DAGING PEDAS THAI
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
500g Daging Cincang
¾ Cawan Serbuk Roti Panko
1 Biji Telur
1 Sudu Besar Sos Ikan
3 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
1 Sudu Kecil Halia (Dicincang)
3 Biji Cili Merah (Dicincang)
3 Helai Daun Limau Purut (Dihiris)
¼ Cawan Ketumbar (Dihiris)
1 Sudu Kecil Gula Perang
1 Sudu Kecil Serai (Diracik)
Spray Minyak
CARA MEMASAK:
Gaul rata daging cincang, gula perang, daun ketumbar, daun limau purut, cili, sos ikan, serai, halia, bawang putih, serbuk roti dan telur.
Minyakkan dulang pembakar untuk mengelakkan daging melekat.
Bulatkan daging cincang seperti bebola kecil dan letakkan atas dulang pembakar.
Bakar selama 20minit pada suhu 180-200’C.
Siap untuk dihidang.
2. DAGING DENDENG
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
½ Kg Daging
1 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan Putih
1 Susu Besare Biji Ketumbar
½ Sudu Besar Lada Hitam
5 Biji Cili Merah
5 Biji Cili Hijau
6 Biji Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
2 Batang Kayu Manis
Bunga Lawang
Pelaga
Bunga Cengkih
2 Sudu Besar Kicap Pekat Hitam
Gula perang
Air Asam Jawa
1 Labu Bawang Besar
CARA MEMASAK:
Ketuk daging hingga menjadi nipis.
Tumis kering jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar dan masukkan kedalam mesin pengisar.
Kisar bahan bersama bawang merah, bawang putih, gula perang bersama sedikit air.
Perap daging bersama lada hitam dan bahan kisar.
Tambah kicap pekat dan gaul rata.
Goreng garing daging dan toskan.
Kisar cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah bersama sedikit air.
Tumis kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang dan bahan kisar.
Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam dan kicap pekat.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar apabila bahan tumis sudah mongering.
Masukkan daging dan gaul rata.
Siap untuk dihidang.
IKLAN
3. SANDWICH COKLAT PUDINA
BAHAN-BAHAN:
375g Tepung Serbaguna
70g Serbuk Koko
½ Sudu Kecil Garam
240g Mentega Sejuk
170g Gula
50g Gula Perang
½ Sudu Kecil Esen Vanila
1 Biji Telur
120g Mentega
200g Gula Aising
1 Sudu Kecil Perisa Mint
Pewarna Hijau
CARA MEMASAK:
Mesin kering tepung, serbuk koko, dan garam.
Masukkan mentega yang telah dipotong kecil dan mesin.
Apabila rata, masukkan gula pasir, gula perang, telur dan esen vanila. Mesin bahan hingga mejadi doh.
Tuang doh ke atas kertas pembakar dan uli doh.
Gelek doh sehingga sederhana nipis, kemudian bekukan selama 10minit.
Untuk krim, mesinkan mentega hingga gebu dan masukkan gula aising. Mesin bahan hingga sebati.
Gaulkan doh, kemudian masukkan perisa mint dan pewarna hijau.
Keluarkan doh biskut coklat dari dalam peti sejuk, bentukkan doh dengan menggunakan pembentuk biskut.
Letak di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
Bakar biskut pada suhu 180’C selama 10minit.
Apabila siap, sejukkan biskut terlebih dahulu.
Masukkan krim kedalam beg paip sebelah letakkan ke atas biskut. Paipkan krim dan kepitkan krim dengan 2 biskut seperti sandwich.
Kalau sebut ayam golek mesti ingat makan beradab pengantin, betul tak? Kali ini jom kita buat ayam golek untuk hidangan istimewa cuti Tahun Baru Cina, boleh makan puas dengan ahli keluarga supaya lepas ni tak perlu lagilah jeling-jeling ayam golek ke atas meja makan beradab. Terima kasih Sri Astana Katering ini atas perkongsian resipi ini.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
AYAM GOLEK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
Ikan siakap atau dikenali juga dengan nama ikan kakap memang lazat dimasak apa sahaja. Bisanya dikukus, goreng, panggang isinya yang manis dan lembut memang menjadi kesukaan siapa sahaja.
Kali ni min kongsi empat resipi istimewa yang boleh dicuba untuk masak siakap. Masak seekor atau keluar isi ikan jadi ‘fillet’ pun tersangatlah enaknya. Jom cuba, cuti sekolah pun masih panjang lagi ni…
2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang
1/4 cawan minyak kacang
2 1/2 sudu makan jus limau nipis
7 sudu makan kicap soya
1 sudu makan jus lemon
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
*Nasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK : Cara menyediakan pesto : 1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri. Cara menyediakan vinaigrette : 2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap. 3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir. 4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau. 5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan. Cara penyediaan masakan : 6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus. 7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi. 8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan. 9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya 10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1orang Masa penyediaan : 5 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Sajian Filipina Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto berperisa, gabungan rasa melazatkan sajian
Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.
2. SIAKAP KUKUS DENGAN TOFU JEPUN
BAHAN-BAHAN :
1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
Garam secukup rasa
50gm halia | dihiris halus
Daun bawang secukupnya | dihiris halus
140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Perasakan ikan siakap dengan garam. 2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya. 3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan. 4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih. 5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api 6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan 7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan. 8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Waktu memasak :20 minit Cara memasak : Stim Jenis masakan : Ikan kukus Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2. Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO CHEF : Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sm belacan bakar
150 gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
3 biji limau kasturi/ perah jusnya
2 batang serai /dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan gril/panggang Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Mesti ramai yang sukakan kuih Vadai, kuih yang dibuat dari kacang Dhal ini adalah kuih tradisi masyarakat India ini sangat sedap dijadikan kudapan teman teh di petang hari. Jika anda suka, apa kata anda cuba membuatnya sendiri untuk dapatkan rasa yang lebih asli dan puas makan. Caranya sangat mudah dan anda boleh je ikut resipi yang di kongsikan ini. Tak cuba tak tau, jadinya lebih baik anda cuba…
.
KUIH VADAI BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.