Sedar tak sedar rancangan kegemaran rakyat Malaysia, Rasa: Ketuhar Kuali sudah memasuki episod keenam. Seperti biasa, setiap minggu ada sahaja menu-menu menarik, mudah dan enak yang dikongsi oleh Aunty Aini dengan Adam Didam yang boleh puan-puan cuba di rumah.

3 Resipi Mudah & Sedap, Air Tangan Aunty Aini & Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Episod 6.

Ibu yang prihatin pastinya akan memilih bahan masak yang terbaik dan berkualiti untuk disajikan kepada keluarga. Oleh sebab itu pada episod kali ini, Aunty Aini dan Adam telah menggunakan gula perang keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dalam resipi mereka.  

Untuk pengetahuan semua, Gula Perang CSR dihasilkan dari gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi. Oleh sebab itu, gula perang CSR ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan rasa masakan harian anda.

Bagi anda yang tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 6, Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini iaitu Otak-Otak Kukus, Sotong Masak Butter dan Kek Pisang Coklat.

 

RESIPI RASA: KETUHAR KUALI EPISOD 6

1. OTAK-OTAK KUKUS

3 Resipi Mudah & Sedap, Air Tangan Aunty Aini & Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Episod 6.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg Ikan Tenggiri
  • Daun Pisang
  • 2 Inci Kunyit
  • 3 Batang Serai
  • 1 Inci Lengkuas
  • Daun Limau Purut
  • 3 Biji Cili Padi
  • Kelapa Parut
  • Santan
  • Daun Kaduk
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 6 Biji Bawang Merah
  • 1 Biji Telur
  • 1 Biji Kuning Telur
  • 1 Sudu Besar Jus Limau
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kunyit, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili padi, telur, kuning telur, kelapa parut, santan, jus limau, dan garam.
  2. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
  3. Gaul isi ikan bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam, campurkan bersama bahan kisar.
  4. Taburkan sedikit hirisan daun limau purut.
  5. Letak daun kaduk diatas daun pisang yang telah dilayur sedikit, dan letakkan isi ikan.
  6. Bungkus otak-otak dan kepilkan dengan menggunakan lidi.
  7. Kukus otak-otak selama 20minit.
  8. Siap untuk dihidang.

 

2. SOTONG MASAK BUTTER

3 Resipi Mudah & Sedap, Air Tangan Aunty Aini & Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Episod 6.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500g Sotong (Besar)
  • Minyak Masak
  • 3 Sudu Besar Mentega
  • 6 Biji Cili Padi
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • ½ Sudu Kecil Garam
  • ½ Sudu Kecil Sos Soya Cair
  • 3 Sudu Kecil Kelapa Goreng Kering
  • 2 Biji Telur
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 5 Biji Bawang Merah
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • Minyak Zaitun

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan sotong bersama garam, serbuk lada hitam,kicap cair dan tepung.
  2. Goreng sotong sehingga garing, tos dan ketepikan.
  3. Tambah satu sudu besar air kedalam telur dan pukul hingga kembang.
  4. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, dan tumis mentega.
  5. Curah telur dari atas sambil menggaul minyak yang telah panas.
  6. Tumis bersama daun kari, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  7. Masak sehingga garing kemudian toskan.
  8. Tabur bahan tumis ke atas sotong yang telah digoreng.
  9. Siap untuk dihidang.

 

3. KEK PISANG COKLAT

3 Resipi Mudah & Sedap, Air Tangan Aunty Aini & Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Episod 6.

 BAHAN-BAHAN:

  • 200g Mentega
  • 200g Gula Perang
  • 4 Biji Telur
  • 200g Tepung Naik Sendiri
  • 4 Biji Pisang
  • Coklat Mentega Kacang

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Lecek pisang hingga hancur.
  2. Dalam satu mangkuk lain, masukkan mentega, gula perang, dan mesinkan bahan sehingga kembang.
  3. Masukkan telur dan pukul bersama sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan pisang dan kacau sebati.
  6. Curah adunan kedalam loyang pembakar dan benamkan coklat mentega kacang didalam adunan.
  7. Bakar adunan pada suhu 180’C selama 20-30minit.
  8. Siap untuk dihidang.

 

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI