RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 Bakal Pecah Rekod Malaysia Dengan 16,000 Pek Bubur Lambuk

Share

RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal menjadi antara acara Ramadan paling besar tahun ini apabila sebanyak 16,000 pek bubur lambuk akan disediakan dan diagihkan kepada orang ramai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ramadan tahun ini bakal menyaksikan satu acara komuniti berskala besar apabila portal masakan nombor satu negara, RASA, menganjurkan program ini pada 14 Mac 2026.

Acara yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 malam ini akan menjadi antara program Ramadan paling meriah di ibu kota, bersempena Program Iftar Ramadan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lebih menarik, penganjuran tahun ini membawa misi besar iaitu menghasilkan dan mengagihkan 16,000 pek bubur lambuk dalam satu hari sebagai percubaan rasmi Malaysia Book of Records (MBOR).

RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 Satukan Wira Negara

Mengangkat tema “Bila Bersama, Lagi Jadi”, edisi tahun ini menyaksikan RASA berganding bahu dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta beberapa rakan strategik lain.

Antara agensi yang turut terlibat ialah:

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
  • Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  • Management and Science University (MSU)

Program ini turut mendapat sokongan media dan komuniti termasuk Astro, Borak Seeni dan Sinar Harian.

Pada hari acara, lebih 200 anggota bomba, sukarelawan, pegawai agensi dan team RASA akan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dalam skala besar.

Dataran Merdeka dijangka bertukar menjadi dapur komuniti terbesar di tengah kota, menyatukan wira negara dan masyarakat dalam semangat Ramadan melalui RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026.

16,000 Pek Bubur Lambuk Untuk Orang Ramai

Daripada jumlah keseluruhan 16,000 pek bubur lambuk yang disediakan dalam RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, agihan akan dilakukan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur melalui beberapa kategori edaran.

  • 5,000 pek untuk pengunjung berbuka puasa di Dataran Merdeka
  • 3,000 pek diagihkan sekitar Kuala Lumpur termasuk kawasan PPR dan bazar Ramadan
  • 8,000 pek diserahkan kepada 13 masjid terpilih di sekitar Kuala Lumpur

Majlis simbolik penyerahan kepada wakil masjid serta flag-off kenderaan agihan bubur lambuk dijangka disempurnakan oleh beberapa tetamu kehormat termasuk wakil agensi kerajaan dan rakan strategik program.

Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Hari

Selain aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong, pengunjung yang hadir ke RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 juga boleh menikmati pelbagai aktiviti komuniti sepanjang hari.

  • Demonstrasi masakan selebriti bersama Chef Amir Gani
  • Demonstrasi keselamatan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Sesi bual santai Borak Seeni
  • Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Luqman dari JBPM
  • Sumbangan kebajikan kepada komuniti

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa personaliti terkenal tanah air termasuk Alpha dan Shiera sebagai duta kempen “Bila Bersama, Lagi Jadi”.

Turut hadir hos Borak Seeni seperti Nazrief Nazri, Haziq Hussni dan Muhsin Nadzli yang akan berinteraksi bersama pengunjung sepanjang program berlangsung.

Kemuncak Hiburan Bombastika Raya

Menjelang malam, kemeriahan RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026

akan diteruskan dengan rakaman khas Bombastika Raya 2026 di Dataran Merdeka.

Program ini akan dikendalikan oleh trio hos popular Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad.

Barisan artis terkenal yang bakal membuat persembahan termasuk:

  • Dato’ Ramli Sarip
  • Dayang Nurfaizah
  • Jamal Abdillah
  • Haqiem Rusli
  • Marsha Milan
  • Nabila Razali
  • Naqiu
  • Nubhan
  • Osama Yamani
  • Namie
  • Sharul Kamal
  • Mierul Aiman
  • Mikaylaa

Turut membuat penampilan istimewa ialah Shiera bersama Auddra dan Airra.

Skala Besar Penyediaan Bubur Lambuk

Untuk menjayakan RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, jumlah bahan yang digunakan juga amat besar bagi memastikan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk dalam satu hari.

Antara bahan utama yang digunakan termasuk:

  • Hampir 500 kilogram beras SAJI
  • 3,000 kilogram santan
  • 120 kilogram minyak masak EcoSafa
  • 60 kilogram serbuk pati ayam TUMIX
  • 1.5 kilogram lada berperisa AJI-SHIO®

Skala penyediaan ini menjadikan program ini bukan sekadar acara komuniti biasa, tetapi simbol kerjasama besar antara masyarakat, agensi kerajaan, media dan sektor korporat.

Dari Dapur Rakyat ke Komuniti

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, penganjuran RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencerminkan evolusi jenama RASA yang berkembang bersama rakyat Malaysia.

Daripada sebuah majalah masakan, RASA kini menjadi komuniti digital yang menghimpunkan jutaan pencinta makanan yang berkongsi inspirasi, tradisi dan resipi setiap hari.

Melalui program seperti ini, RASA berharap dapat terus menghubungkan masyarakat melalui satu elemen yang paling dekat dengan rakyat Malaysia, makanan dan kebersamaan.

Jumpa di Dataran Merdeka

RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bukan sekadar acara memasak bubur lambuk.

Ia adalah perayaan Ramadan, penghargaan kepada wira negara, dan simbol bahawa apabila komuniti bersatu, hasilnya mampu melangkaui angka.

Pada 14 Mac ini, Dataran Merdeka akan menjadi tempat di mana semangat rewang, tradisi dan kebersamaan diraikan bersama.

Kerana seperti tema kempen tahun ini — bila bersama, memang lagi jadi.

Published by
Naqiyatul Uzma