Kemeriahan RASA Bubur Lambuk kembali beraksi! Setelah dua tahun lamanya aktiviti memasak bubur lambuk secara besar-besaran tidak dapat diadakan, Majalah RASA buat julung kalinya berkunjung ke Kota Bharu untuk menjayakan program ini sambil berkongsi rezeki bersama penduduk tempatan dan frontliner.
Sejak jam 8 pagi, pekarangan pintu masuk utama AEON Mall Kota Bharu, sudah mula sibuk dengan aktiviti menyediakan bahan-bahan untuk memasak empat periuk bubur lambuk.
Team RASA, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan daripada Katering Bajet Mek berkumpul untuk menjayakan RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali pada 22 April 2022.
MASAK SECARA GOTONG-ROYONG
Apa yang menariknya tentang program RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali kali ini, menggunakan resipi bubur lambuk Kelantan mengikut selera penduduk setempat.
Selain daripada pucuk miding, gamas, daging dan ikan yang menjadi bahan utama kepada hidangan bubur lambuk ini, keenakan menu ini diperasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-NO-MOTO® .
Inilah rahsia keenakan bubur lambuk yang dikongsi bersama. AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-NO-MOTO® melengkapkan rasa dengan memberikan rasa “omm” kepada masakan menjadikannya lebih sedap, beraroma, cukup rasa lada pedas dan juga masinnya menjadikan hidangan ini begitu istimewa sekali.
Bubur lambuk yang telah siap dimasak diagihkan secara percuma kepada orang ramai, pasukan beruniform seperti Balai Bomba & Penyelamat Kota Bharu, Balai Polis Kota Bharu serta Hospital Raja Perempuan Zainab II.
SOKONGAN RAMAI
Program RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali ini berjalan lancar dengan sokongan daripada rakan penaja AJI-SHIO® dan rakan kerjasama Perdana Kota Bharu, Firefly dan AEON Mall Kota Bharu.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Perdana Kota Bharu, Mohd Iqmal Muslim, Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Perdana Kota Bharu, Nik Adura Zuliana, Pengurus Mall AEON Mall Kota Bharu, Aziam Muhammad dan chef selebriti, Chef Amrin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Yen.
Mengulas mengenai projek RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali, Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz berkata, projek ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menerapkan rasa syukur dan saling berbahagi rezeki melalui pengedaran bubur lambuk selain sebagai satu usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama sesama masyarakat melalui aktiviti gotong-royong khususnya dalam bulan yang mulia Ramadan.
Majalah Rasa merupakan Jenama Masakan No.1 yang telah 21 tahun di pasaran, yang kini bukan sahaja unggul sebagai majalah malah juga sebagai Portal No.1 Dunia Masakan yang menjadi rujukan utama pelayar-pelayar media sosial.
Bagi mengikuti info lanjut mengenai Majalah Rasa, layari laman web www.rasa.my, Facebook @majalahrasa dan Instagram @majalahrasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI