Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Ini Cara Masak Crispy Beef

Share

Kata orang, nak pikat perut suami, gunalah masakan yang ikhlas daripada isteri. Jika tak tahu nak masak apa untuk menu lauk tengahari, bolehlah cuba resipi Crispy Beef atau Daging Rangup.

Resipi daripada Umi Watie ini, kalau dinikmati dengan nasi panas-panas begitu saja pun, boleh buat selera bertambah.

 

CRISPY BEEF @ DAGING RANGUP

BAHAN-BAHAN:

400 g daging** (sebaiknya gunakan bahagian daging yang lembut seperti tendelion, batang pinang atau harimau menangis)
1 biji telur**
2 ulas bawang putih** – beli online di sini
1 sudu besar lada sulah**
5 sudu besar tepung jagung** – beli online di sini


2 sudu besar kicap cair** – beli online di sini
½ biji bawang Holland – beli online di sini
2 ulas bawang putih
2 sudu besar empingan cili
1 sudu besar bijan
1 sudu besar kicap manis – beli online di sini
2 sudu besar cuka – beli online di sini
3 sudu besar sos tomato – beli online di sini
Garam & gula secukupnya

TONTON Makaroni Ulam BakarProjek Air Tangan Emas Bersama Maggi

TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Bahan bertanda ** kita perapkan terlebih dahulu. Kalau boleh 30 minit lebih awal supaya bahan tadi mesra. Daging tu kalau boleh hiris nipis-nipis tau.
2. Bila dah siap perap bagai tu, bolehlah kita gorengkan daging kita tadi dalam minyak yang panas.
3. Gorengkan daging tadi sampai garing tau. Saya guna daging batang pinang, jadi memang tak liat. Jadi dia akan rangup di luar tapi lembut di dalam.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Bawang Holland kita tadi tu, kita hiriskan kemudian tumiskan sampai kekuningan atau kita caramelized kan. Bawang ni yang buat crispy beef

kita tu nanti istimewa.
5. Tumiskan bawang putih yang kita cincang dan empingan cili. Kalau nak guna cili kisar pun boleh. Gantikan saja, takde masalah.


6. Bila semua bahan tumisan tadi dah wangi, kita masukkan cuka, kicap manis dan sos tomato dalam kuali. Kacau-kacaukan semua bahan supaya rata.
7. Perasakan dengan garam dan gula ya. Kita seimbangkan rasa masam, masin dan manis sos kita ni. Biarkan mereneh sekejap.
8. Masukkan bawang holland yang dicaramelizedkan tadi. Jangan lupa tau, nanti kurang kick.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


9. Masukkan juga bijan yang telah kita sangai terlebih dahulu. Tutupkan api dapur.
10. Masukkan daging yang telah kita gorengkan tadi. Gaulkan sebati. Dah siap.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN