Rangup Dan Rapuhnya Biskut Lidah Kucing, Ikut Resipi Ini Gerenti Jadi

Share

Biskut Lidah Kucing pernah viral satu ketika dahulu. Boleh dikatakan setiap rumah akan menyediakan Biskut Lidah Kucing. Keunikan Biskut Lidah Kucing ialah pada kerangupan dan kerapuhannya. Sesuai sangat dihidangkan kepada saudara-mara dan tetamu pada bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Berikut merupakan resipi penyediaan Biskut Lidah Kucing seperti yang dikongsikan oleh  Ziela Abdullah

RESIPI BISKUT LIDAH KUCING

BAHAN-BAHAN:

250 gram mentega – BELI ONLINE
200 gram tepung gandum – BELI ONLINE
50 gram tepung jagung – BELI ONLINE
160 gram gula kastor – BELI ONLINE
3 biji putih telur
*1/4 sudu emplex
Esen vanilla – BELI ONLINE
Pewarna makanan (ikut suka)

NOTA: Emplex adalah sejenis pengemulsi dalam bentuk serbuk berwarna putih yang digunakan sebagai bahan untuk merangupkan biskut.

CARA MEMBUAT:

1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex.

2. Pada bekas lain, pukul mentega  dan gula sehingga kembang kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit.

3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul.

4. Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang anda inginkan dan gaul setiap adunan dengan pewarna.

5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke pada loyang.

6. Bakar pada suhu 150″C selama 20 minit. Siap. Bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara.

 

Sumber kredit: Ziela Abdullah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN