Hari ni Min nak cerita pasal personaliti Chef yang mempunyai nama yang’sedap’ didengar,unik sekali. Tiga perkataan iaitu Dennie Yudie Darmawan berbinkan ayahnya Samsuardi, tapi dia anak jati Malaysia tau. Mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang kulinari (F & B) segala pengalaman yang dilalui banyak membentuk dirinya sekarang.
Berjawatan Eksekutif Sous Chef di hotel berprestij Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Dennie adalah orang ‘kanan’ yang banyak membantu ketuanya, Eksekutif Chef Alex Leong Mun Fai.
Kini sudah empat tahun dia berkhidmat di sini , membantu mengekalkan prestasi operasi dapur ,kualiti makanan dan minuman, penyeliaan dan penyediaan menu, penyeliaan staff , perbelanjaan dan kos dan pelbagai lagi.
Di antara yang menjadi keutamaan adalah mengekalkan kebersihan penyediaan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO dan HACCP
Ads
Chef Dennie memulakan kerjayanya dari ‘bawah’ daripada tahun 2000 apabila mula bekerja di Hotel Nikko , Kuala Lumpur sebagai Commis 3 ketika masih dalam pengajian diploma Genting Centre of Excellent, Malaysia. Ketika itu dia menjalani latihan praktikal di sana.
Sehingga kini Chef Dennie pernah bekerja di 7 hotel berprestij iaitu :
Ads
1.2000- 2005, Hotel Nikko KL – Commis 1 2.2005 -2008, Sime Darby Convention, KL – Jurumasak 3.Julai 2008, Nov 2008, Hotel Shangri KL – Commis 1 4.2008-2009, Impiana KLCC Hotel & SPA, KL – Chef De Partie 5.2010-2011, IKEA, UAE, Abu Dhabi – Penolong Kanan F & B (Pengurus) 6.2011- 2012, Urban Spoon Restaurant – Sous Chef (Pengurus) 7.2014 hingga kini, Hotel Eastin, PJ – Eksekutif Sous Chef
Kegigihannya terserlah kerana pernah menerima anugerah Kehadiran Sempurna, sebanyak 3 kali. Semasa bekerja di Hotel Nikko beliau pernah menerima pendedahan bekerja selama setengah tahun di Hotel Azadi, Tehran Iran
Ads
Meminati selebriti berbangsa Arab, Chef Ammar Ali , dia juga mahir membuat masakan Arab yang dipelajarinya dari mentornya ini. Pengalaman bekerja di Abu Dhabi juga walaupun hanya dua tahun tetapi banyak membantu Chef Dennie mendalami skil memasak masakan Arab.
“Memasak masakan Arab ni kena tahu teknik dan peralatan masak yang betul. Dan juga paling penting boleh menerima teguran dari tetamu Arab yang agak cerewet sedikit. Pemilihan rempah ratusnya kena segar dan berkualiti,” ujar Denni kepada RASA.
Prinsip memasaknya mudah sahaja. “ Bila memasak masakan bukan sahaja perlu sedap, tetapi juga bersih cara penyediaannya .”
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wahhh..Sedapnya nampak madu dalam sarang tu! Macam manis-manis kenyal. Ada yang pernah cuba makan madu dari sarang tu tak? Hari ni nak share sedikit info mengenai makanan sunah ni. Madu, sejak dulu memang dikenali sebagai makanan yang berkhasiat bagi kesihatan. Madu yang dihasilkan oleh lebah boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain. Bahkan ia boleh diolah dan dijadikan minuman. Misalnya dengan mencampurkan madu dengan air suam. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa campuran madu dan air suam memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.
ANTARA KHASIAT MADU
1. MADU UNTUK ANTIOKSIDAN
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa dengan memakan suplemen kalsium bersama madu, dapat membantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh. Madu juga dikatakan membantu untuk kekal awet muda.
2. MENGATASI BATUK
Madu memiliki efek penyembuhan akibat infeksi dan air suam mengubati sakit kerongkong. Madu dengan air suam juga membantu membawa keluar kahak yang terkumpul di dalam kerongkong.
3. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Kombinasi madu dan air suam boleh membantu membakar lemak. Oleh itu, disarankan untuk minum segelas air suam yang dicampurkan dengan madu pada setiap pagi agar menurunkan timbunan lemak ekstra dalam tubuh.
4. MENINGKATKAN ENERGI TUBUH
Madu memberikan tubuh tenaga tetapi tak membuat anda gemuk.
5. KESIHATAN KULIT
Madu memiliki banyak sifat antibakteria dan antikulat. Dengan meminum madu, ia dikatakan dapat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Selain itu, meminum campuran madu dan air suam juga boleh membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
6. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH
Salah satu manfaat kesihatan madu ialah meningkatkan kekebalan terhadap batuk dan kesejukan. Minuman ini membersihkan sistem pencernaan dan meningkatkan kekuatan tubuh untuk melawan penyakit.
7. MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
Madu dan air hangat merupakan penguat untuk sistem metabolisme. Makanan anda akan dicerna dan diserap dengan cepat jika anda meminum minuman sihat ini. Hasilnya, anda memiliki selera makan yang baik dan juga menurunkan berat badan.
8. MENCEGAH DEHIDRASI
Campuran air suam dan madu boleh membantu untuk menambah cairan dalam tubuh. Jadi, anda akan terhindar daripada mengalami dehidrasi dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
Terung adalah sejenis sayur yang mudah didapati dan banyak digunakan dalam masakan rakyat Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari India dan Sri Langka serta mempunyai beberapa warna antaranya berwarna ungu, hijau dan putih. Terung merupakan sayuran yang pelbagai guna dan ia mudah diolah dengan pelbagai cara masakan seperti kari, gulai, goreng, sambal, bakar dan bermacam-macam lagi.
Namun tahukah anda bahawa terung terutamanya yang berwarna ungu mempunyai pebagai khasiat yang baik untuk kesihatan? Kandungan nutrisinya sangat luar biasa, ia kaya dengan kalsium, mineral, serat, bioflavonoid serta vitamin K. Malah kajian pakar turut mengakui terung juga baik untuk kesihatan otak dan jantung. Jadi, tidak salah jika terung dijadikan menu sihat anda sekeluarga.
KHASIAT TERUNG
1. KAYA ZAT BESI
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, ia membantu anda sihat dan kuat. Tidak kiralah dimasak dengan cara apa sekalipun, dipaggang atau dibuat ulam, ia paling baik untuk kesihatan tulang dan mencegah anemia.
2. RENDAH KALORI
Terung adalah sayur yang rendah kalori dan bebas lemak. Jika ingin berdiet, dengan makan terung anda lebih kenyang sepanjang hari.
3. TINGGI SERAT
Kandungan serat yang tinggi baik untuk membantu sistem penghdaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.
4. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Terung mengandungi bioflaconoid yang tinggi dan ia baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stres. Masa yang sama membantu menurunkan kadara kolestrol jahat yang berisiko membahayakan jantung.
5. MENCEGAH DIABETES
Terung juga mempunyai serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat. Tidak hairanlah ia membantu mencegah anda dari diabetes.
6. TULANG LEBIH SIHAT DAN KUAT
Kandungan kalsium dalam terung boleh menguat sendi dan tulang.
7. MAKANAN OTAK
Kandungn nutrisi phyti dalam terung adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh otak. Jadi anda tidak perlu fikir lagi, makan sahaja terung untuk otak yang cergas dan sihat.
Teringin nak masak menu terung hari ni? Ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh anda cuba.
KOLEKSI RESIPI MASAKAN TERUNG
Jom kita variasikan menu dengan menggunakan terung..Macam-macam boleh dimasak dan bila dapat hidangan-hidangan ni rasa macam tak perlu lauk lain dah..Nak ratah macam tu je pun sedap!
4 biji terung saiz sedang (potong serong, rendam, cuci & tos )
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Segengam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
Garam, serbuk perasa & sikit gula
Sikit serbuk kunyit
Minyak
CARA MEMASAK:
Terung digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak agak byk. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat dan ketepikan dulu. Goreng pulak ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan dalam pinggan berasingan.
Kurangkan minyak dalam kuali tadi untuk menumis. Tumis bahan-bahan mayang hingga bawang layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa dan sikit gula. Masukkan 2, 3 sudu air jika sambal terlalu kering. Kacau hingga sebati.
Masukkan terung dan gaul sebati. Akhir sekali taburkan ikan bilis dan gaul lagi. Hidang panas-panas semasa ikan bilis masih rangup. (Jika belum mahu makan, masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan. Hanya masukkan ikan bilis & gaul. Tidak perlu dipasangkan api dapur)
Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Salah satu resipi yang best adalah yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang sedap. Anda boleh cuba.
6. TELUR DADAR TERUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!