Di setiap rumah di Malaysia, nasi bukan sekadar makanan ruji, ia lambang kasih sayang di meja makan. Namun, ada satu masalah yang sejak dulu menghantui ramai nasi yang dimasak sempurna di pagi hari, mula kehilangan kelembutan dan rasa hanya selepas beberapa jam.
Bayangkan, selepas seharian bekerja, kita pulang dengan harapan masih boleh menikmati nasi yang sama gebu seperti waktu pagi, tetapi sering kali ia sudah berbau, keras atau lembik. Inilah realiti dapur kita.
Kini, masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Tefal
, peneraju global dalam peralatan rumah, memperkenalkan inovasi terbaharu mereka – Tefal Delirice Max Rice Cooker, periuk nasi pintar yang hadir dengan janji istimewa: “Nasi Pasti Tak Basi.”Apa yang menjadikan Delirice Max begitu istimewa? Ia dilengkapi Teknologi Pemanasan 3D Max 4-lapisan yang mencegah pemeluwapan air, sekaligus mengekalkan kelembapan dan rasa nasi dari pagi hingga malam. Hasilnya, nasi kekal gebu, enak, dan segar sehingga 24 jam penuh.
Lebih menarik, periuknya direka dengan Sfera Ultra Tahan Lasak yang memastikan setiap butir nasi dimasak sempurna – tiada lagi nasi lembik, keras, atau hangus. Malah, bukan sekadar nasi, Delirice Max juga menawarkan pelbagai program memasak untuk menyediakan aneka hidangan kegemaran keluarga.
Kolaborasi ini turut diraikan bersama Rasa Rosz, restoran yang terkenal dengan keaslian resipi dan kepelbagaian rasa Malaysia. “Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum,” ujar YBhg. Dato’ Sri Rozita
, pengasas Rasa Rosz.Lebih menarik, periuk ini bukan sekadar untuk nasi. Dengan program memasak pelbagai, ia membantu keluarga menyediakan aneka sajian dengan lebih mudah tanpa mengorbankan rasa.
Inilah bukti bahawa teknologi dapur moden boleh berjalan seiring dengan budaya makan kita. Ia bukan sekadar tentang memasak, tetapi bagaimana kita memastikan setiap butir nasi dihidangkan dengan penuh kasih, dari pagi hingga malam.
Tefal bukanlah nama asing. Dengan pengalaman lebih 48 tahun di Malaysia, jenama ini sinonim dengan inovasi dapur yang memudahkan kehidupan harian – daripada periuk nasi hingga penggoreng udara panas pertama dunia pada tahun 2006.
Melalui Delirice Max, Tefal sekali lagi membuktikan komitmen mereka untuk memelihara tradisi kulinari Malaysia, sambil mengurangkan pembaziran makanan. Inilah inovasi yang memudahkan kerja dapur, tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.
Tefal Delirice Max kini boleh didapati di semua gedung runcit utama di seluruh negara.