Rahsia Nasi Goreng Cili Padi Sedap Rupanya Kena Tambah Isi Ikan Goreng

Share

Nasi Goreng Cili Padi, apa kata anda cuba untuk menu sarapan pagi. Istimewanya resipi Nasi Goreng Cili Padi yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin ini dicampur dengan isi ikan goreng. Ramuan inilah yang membuatkan Nasi Goreng Cili Padi jadi bertambah sedap. Mesti makan sepinggan tak cukup.

RESIPI NASI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

Nasi sepinggan penuh


Cili padi dan cili merah ikut kepedasan masing-masing
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih – beli online
Belacan – beli online
1/2 kiub ikan bilis – beli online
1/4 cawan ikan bilis tebal
Garam

*ramuan tambahan: isi ikan

CARA MEMBUAT:

1. Kisar semua bahan kecuali kiub ikan bilis dan telur.

 

2. Panaskan minyak dalam kuali.

3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

4. Letak isi ikan. Jangan letak tulang sekali ye. Gaul hingga bahan tumis sudah masak.

5. Masukkan kiub ikan bilis dan garam.

6. Masukkan telur. Kacau hingga telur masak.

 

7. Masukkan nasi dan kacau rata.

 

8. Beginilah hasilnya Nasi Goreng Cili Padi yang telah siap dimasak. Selamat menjamu selera!

Sumber kredit: Noratiqah Nordin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN