Nak cuba masak Mee Goreng Daging yang sedap, tak liat, tak hancur dan mudah masak? Resipi perkongsian saudari Niq Ain ni perlu anda cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan malah sesuai dinikmati oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Masak macam ni, mee pun tak hancur serta tak liat. Sedang-sedang sahaja teksturnya. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1 paket mi kuning – dibasuh
1 pokok sawi -hiris
2 biji tomato – hiris
3-4 biji cili padi – hiris
1 keping daging – hiris nipis (boleh ganti dengan sotong, udang atau ayam)
3 ulas bawang putih
1 sudu makan cili boh – beli online disini
4 sudu makan sos tomato – beli online disini
5 sudu makan kicap manis – beli online disini
¾ sudu makan gula
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Limau nipis
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili boh. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan sos tomato, kicap manis dan juga gula. Tumis lagi hingga pecah minyak lagi.
4. Masukkan hirisan daging. Masak seketika.
5. Masukkan mi dan juga hirisan sayur. Tambah sedikit air dan gaul hingga sebati.
6. Kacau-kacau hingga mi sedikit kering dan berkilat.
7. Padam api dan tabur bawang goreng serta hirisan daun bawang. Sertakan bersama hirisan limau nipis.
Kredit resipi & foto: Niq Ain
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official