Rahsia Lembut & Gebu: Resipi Tosei & Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma

Share

Bagi anda peminat sajian tradisional yang menyelerakan seperti Tosei, Idli, dan Chutney Kelapa, kini anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resipi mudah dan praktikal daripada saudari Nur Masri. Hasilnya cukup untuk satu keluarga dan pasti membuatkan setiap suapan terasa puas dan berbaloi! Sesuai dijadikan hidangan untuk sarapan, minum petang, atau makan malam. Mari kita cuba bersama.

CARA MASAK TOSEI, IDLI & CHUTNEY KELAPA HOMEMADE

 

RESEPI TOSEI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang ulunthu

  • 2 cawan beras

  • 1 sudu kecil halba

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 cawan nasi sejuk

CARA MEMASAK

  1. Rendam kacang ulunthu dalam air selama sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman.

2. Rendam beras dan halba juga selama 6 jam atau semalaman.

3. Toskan kacang ulunthu dan beras yang direndam. Kisar bersama nasi sejuk dan sedikit air sehingga halus, jangan terlalu cair. Masukkan garam dan gaul rata.


4. Peram adunan dalam bekas selama 8 jam atau semalaman. Jangan lama sangat supaya rasa masam tidak terlalu kuat


5. Panaskan kuali leper, sapu sedikit minyak. Ceduk adunan, tuang di tengah kuali. Ratakan menjadi bulat nipis menggunakan senduk.

6. Tutup kuali agar bahagian atas masak sempurna. Masak 1-2 minit sehingga tosei masak. Jika suka rangup, tambah masa.

7. Angkat dan lipat. Hidangkan bersama kuah dhal, kari atau chutney kelapa untuk rasa maksimal.

 

RESIPI IDLI

BAHAN-BAHAN: (bahan & cara proses sama seperti membuat Tosei):
1 cawan kacang ulunthu
2 cawan beras
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
1 cawan nasi sejuk

CARA MEMASAK:
1. Lenserkan minyak pada acuan. (empunya resipi guna acuan lompang)
2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan.
3. Kukus 15-20 minit.
4. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.

RESEPI CHUTNEY KELAPA

BAHAN A:
1/2 biji kelapa parut
2 tangkai daun kari
2 biji cili hijau – jika ingin pedas guna cili padi
1cm halia
4 biji bawang merah beli online disini
2 ulas bawang putih beli online disini
1 sudu besar air asam jawa beli online disini
Minyak

BAHAN B:
2 biji bawang merah
5 biji cili kering beli online disini
2 tangkai daun kari
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil biji sawi beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu. 2. Kemudian masukkan kelapa. Sangai sekejap. Biarkan sejuk.


2.Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dengan sedikit air.
3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata.Sedia untuk dihidang.

NOTA: Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.

Kini, anda boleh menikmati hidangan istimewa ini tanpa perlu keluar rumah. Dengan resipi mudah, hasil amat memuaskan dan cocok untuk seisi keluarga. Jom mula rendam bahan malam ini, esok pagi kita buat tosei, idli dan chutney kelapa sendiri!

Pasti menjadi kegemaran semua di rumah.

Kredit resipi & foto: Nur Masri

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
muaz