Rahsia Kerabu Sotong Sedap Macam Restoran Mewah, Jom DIY

Share

Sedapnya kerabu sotong ni, kalau makan di kedai memang mahal dan tak cukup. Apa lagi jom kita buat sendiri di rumah sebab kerabu ni sangat  senang membuatnya.  Yang penting semua bahan  segar termasuk sotong ye, Ini rahsia kerabu sotong jadi sedap dan segar rasanya macam makan kat restoran mewah.

KERABU SOTONG PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • 3 batang serai | hiris halus
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:  Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.

LANGKAH 2: Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.

LANGKAH 3: Masukkan sotong dan gaul rata.

LANGKAH 4; Masukkan pula  hirisan bawang dan serai

LANGKAH 5:  Seterusnya masukkan daun bawang dan gaul rata lagi.

LANGKAH 6:   Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati . Kemudian sedia dihidangkan.

IKLAN