Rahsia Kek Batik Cantik & Sedap!

Share

Kek batik sering menjadi kesukaan orang ramai. Selain mudah untuk disediakan, ia juga sangat sedap! Resepi kek batik kali ini mempunyai sedikit kelainan kerana menggunakan biskut jejari di mana hasilnya sangat cantik dan yang pasti mudah & sedap! Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak beza dengan bahan untuk membuat kek batik biasa. Cuma, biskut Marie atau biskut keping ditukarkan dengan biskut jejari.

 

RESEPI KEK BATIK MENGGUNAKAN BISKUT JEJARI

Bahan-bahan

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari

Cara Penyediaan

1. Cairkan Butter

  • Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.

2. Masukkan Susu Pekat & Milo

  • Bila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati.
  • Seterusnya, masukkan pula 2 cawan Milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.

3. Susun Biskut

  • Sekarang, masa untuk menyediakan acuan. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang.
  • Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.

4. Bubuh Topping

  • Bila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka. Boleh gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.

5. Sejukkan

  • Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

 

Kredit resepi: Puan Zaimah Zakaria

IKLAN