Rahsia Buat Sup Tulang Yang Sedap, Tumis Batang Saderi & Bubuh Lobak Merah Kisar

Share

Selain tomyam, pasti anda juga gemar makan sup betul tak? Bayangkan anda sedang menikmati sup tulang bersama nasi dan sambal kicap, fikir sahaja sudah terliur, bukan? Jika anda teringin hendak makan sup tulang lembu, boleh cuba resepi seperti yang dikongsikan oleh Fazniza Razali. Cara penyediaan ialah memasak secara manual bukan menggunakan ‘pressure cooker.’ Selamat mencuba!

RESIPI SUP TULANG LEMBU

BAHAN-BAHAN 1:

3 biji bawang besar
8 biji bawang putih – beli online
Halia dalam 2 ketul – beli online


1 sudu ketumbar
**bahan ini dikisar sampai halus

BAHAN 2:

3 batang saderi
1 batang lobak merah
**ini pun dikisar sampai hancur

BAHAN 3:

3 batang kulit kayu manis – beli online
4 biji bunga lawang – beli online
10 biji bunga cengkih – beli online
10 biji buah pelaga – beli online
1 senduk serbuk sup – beli online
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang saderi (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
Air

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

 

 

 

2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang-tulang empuk.  Jika tidak empuk lagi, tambah air sehinggalah semua isi pada tulang empuk.

 

3. Kalau ada ‘pressure cooker’ boleh cepat masak. Resipi yang dikongsikan ini menggunakan cara manual jadi mengambil masa sehingga hampir 1 1/2 jam untuk isi-isi daging empuk.

4. Apabila isi daging telah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa.

 

5. Masak sehingga ubi kentang empuk lebih kurang 10 minit.

6. Apabila sudah masak, bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Hidangkan.

Sumber kredit: Fazniza Razali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN