Rahsia Buat Rempeyek Kacang Tanah, Tanpa Air Kapur Pun Tetap Rangup

Share

Rempeyek kacang tanah ni, orang kata memang ‘berhantu’. Masa makan memang ralit tak boleh berhenti. Sambil borak, tak sedar dah habis sebalang.

Biasanya, resipi nak buat rempeyek ni kena ada air kapur. Tapi, jangan risau bila nak buat tapi tak ada air kapur. Masih boleh juga diteruskan dan hasilnya, insya-Allah tetap rangup. Cuma guna campuran tepung beras dan tepung kanji atau tepung ubi kayu.

Menurut Ummu Ashraf dalam perkongsiannya, dia seronok buat kudapan sendiri ni sebab dapat adjust

rasa rempah ikut suka. Dia suka rasa rempah dalam rempeyek dan dengan nisbah kacang pada tepung yang sekata. Boleh cuba ikut resipi rempeyek kacang dan ikan bilis tanpa air kapur yang dikongsikannya.

BAHAN ADUNAN:

400gm tepung beras – Boleh beli online di sini

100gm tepung kanji / ubi kayu – Boleh beli online di sini

2 biji telur

1 sudu garam – Boleh beli online di sini

400ml santan

15 helai daun limau purut (diracik)

Air secukupnya

BAHAN KISAR:

10 ulas bawang putih

Sedikit kunyit hidup

2 sudu besar ketumbar

1 sudu besar jintan putih – Boleh beli online di sini

1 sudu besar jintan manis – Boleh beli online di sini

1/2 genggam ikan bilis

1/2 genggam udang kering – Boleh beli online di sini

BAHAN TABUR:

Cuci bersih ikan bilis mentah dan keringkan semula. Boleh jemur atau untuk kaedah lebih cepat, keringkan sahaja di dalam oven.

Basuh dan jemur kacang tanah sehingga kering.

Campurkan bahan kisar dengan bahan adunan tepung.

Boleh guna acuan. Letak kacang dan ikan bilis dalam acuan yang dah dipanaskan dalam minyak. Perlu panaskan acuan dulu untuk elakkan adunan melekat.

Letak adunan tepung supaya kacang dan ikan bilis basah. Kemudian, baru goreng dengan api sederhana kecil.

Adunan 500g tepung ni boleh dapat dua bekas besar bulat macam dalam gambar di bawah.

Kredit: Ummu Ashraf

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN